View: 396|Reply: 0
|
Kaki, tengkuk bersimen tetap kena lapor diri - FAM
[Copy link]
|
|
Saifuddin ketika sidang media selepas pengumuman senarai pemain kebangsaan yang dipanggil menjalani latihan mulai Khamis ini.
KUALA LUMPUR: "Walaupun kaki bersimen, tengkuk bersimen, pemain masih kena lapor diri dahulu."
Demikian penegasan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar yang mengharapkan semua pemain kebangsaan dapat 'tunjuk muka' terlebih dahulu bagi melapor diri pada hari pertama kem latihan pusat kebangsaan, Khamis ini.
Katanya, semua perkara boleh dibawa berbincang sekalipun pemain terbabit sememangnya memiliki masalah namun melaporkan diri tetap menjadi keutamaan kepada mereka.
"Kepada semua pemain yang dipanggil untuk latihan skuad kebangsaan ini saya mohon agar dapat hadir melapor diri pada 19 hari bulan walaupun ada kecederaan ataupun ada masalah.
"Hadirkan diri dulu dan baru jurulatih akan buat penilaian," katanya ketika ditemui selepas pengumuman senarai pemain skuad kebangsaan di Wisma FAM, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin turut mengesahkan Myanmar terpaksa menarik diri daripada aksi persahabatan Tier 1 yang dijadual berlangsung pada 27 Mei namun mereka berjaya mendapatkan Brunei sebagai pengganti.
"Myanmar menghantar surat dan mengatakan (pembatalan) atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi kita menawarkan kepada pasukan yang terdekat iaitu Brunei dan mereka setuju untuk menyertai perlawanan persahabatan ini.
"Kita ada mencari beberapa pasukan lain tetapi ada kekangan seperti liga yang tengah berjalan dan prosedur kuarantin di negara masing-masing jadi mereka tidak mahu keluar dari negara mereka," katanya.
Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya akan berdepan Brunei pada 27 Mei disusuli Hong Kong pada 1 Jun sebelum mengharungi tiga aksi pusingan Kelayakan Piala Asia 2023.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kena-lapor-diri-fam |
|
|
|
|
|
|
| |
|