View: 410|Reply: 0
|
JDT hilang tiga tonggak berdepan Sri Pahang
[Copy link]
|
|
Pemain tengah JDT, Leandro Velazquez sudah memulakan latihan ringan selepas pulih daripada kecederaan. Foto Ihsan Johor Southern Tigers.
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan masih belum dapat menyenaraikan tiga tonggak utama apabila menentang Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.
Pengendali JDT, Benjamin Mora menegaskan ketika ini hanya Shane Lowry dan Leandro Velazquez memulakan latihan ringan bersama pasukan tetapi masih belum pasti sama ada dapat beraksi manakala Natxo Insa masih mengalami kecederaan.
"Belum pasti lagi saya akan menyenaraikan Leandro dan Shane kerana kedua-duanya masih belum berada di tahap kecergasan yang memuaskan dan saya sudah merangka strategi baharu.
"Jadi tidak timbul apa jua permasalahan untuk saya mempraktikkan corak permainan yang lebih ampuh apabila berdepan Sri Pahang nanti kerana saya tahu mereka juga akan turun habis-habisan bagi mencalar rekod tanpa kalah JDT.
"Selepas aksi menentang Sarawak United, pemain mempunyai masa menjalani proses pemulihan dan juga saya dapat merangka perancangan taktikal yang lebih mantap kerana lawan kami nanti bukan calang-calang pasukan kerana Sri Pahang ada kualiti tersendiri," katanya.
Mora juga menyifatkan pemain tengah Sri Pahang, Manuel Hidalgo amat licik dan mampu memberi ancaman dengan gerakan berbahaya dan berharap barisan tengah JDT berwaspada dengan tipu helah pemain import dari Argentina itu.
Beliau juga menegaskan setiap kali pertembungan JDT menentang Sri Pahang bakal diwarnai dengan corak permainan pantas dan pasukan juga kerap memberi kesukaran buat skuad Harimau Selatan yang perlu beraksi lebih konsisten seandainya mahu mencipta kemenangan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... berdepan-sri-pahang |
|
|
|
|
|
|
| |
|