View: 454|Reply: 0
|
Bangun daripada lamunan - Hamidin
[Copy link]
|
|
PRESIDEN FAM Hamidin. -FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mahu barisan pemain skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara supaya bangun daripada lena dengan menunjukkan 'taring' mereka kepada lawan pada baki perlawanan kelak.
Hamidin berkata, prestasi cemerlang yang dipamerkan anak buah Brad Maloney apabila berjaya menempah slot separuh akhir harus dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mempamerkan aksi mantap sekali gus berpeluang meraih ibu segala pingat di temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam itu.
Katanya, barisan pemain juga perlu terus mengekalkan disiplin tinggi bertemu lawan dan tidak mudah mengangkat bendera putih walaupun berhadapan pasukan lebih hebat.
"Mentaliti sang juara perlu sentiasa bersedia. Tidak kira siapa lawan kita nanti, kita harus tunjukkan karakter sebenar Malaysia di mana kita tidak pernah takut untuk bertemu dengan mana-mana pasukan.
"Paling mustahak pemain harus bangkit kembali dengan menunjukkan mentaliti pemenang sejati," katanya.
Mengikut rekod, Malaysia mengesahkan slot ke separuh akhir selepas terikat seri 2-2 dengan Singapura selain turut dibantu dengan kemenangan 5-0 Thailand ke atas Kemboja.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan Sea pada edisi 2011 sewaktu dibimbing, Datuk Ong Kim Swee.
Pencapaian terbaik Malaysia selepas itu adalah muncul naib juara seterusnya membawa pulang pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur juga di bawah kendalian Kim Swee, sebelum tersingkir seawal peringkat kumpulan di Filipina pada edisi 2019.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ada-lamunan-hamidin |
|
|
|
|
|
|
| |
|