View: 484|Reply: 2
|
[Pulau Pinang]
Lelaki maut ditetak, ditikam sekumpulan individu bersenjata
[Copy link]
|
|
Tangkap layar kejadian pergaduhan yang mengorbankan seorang lelaki berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam. - Foto tular
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut dipercayai ditetak dan ditikam sekumpulan individu termasuk seorang wanita dalam pergaduhan berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8 malam, lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an berkenaan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata siasatan awal mendapati kejadian di kawasan terbuka berhampiran medan selera membabitkan mangsa dengan seorang wanita dan empat lelaki warga tempatan yang saling mengenali.
"Ekoran daripada pergaduhan itu, mangsa cedera di badan dan dihantar ke HBM oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek terbabit dalam kejadian itu.
Punca pergaduhan juga masih dalam siasatan. Polis memohon orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222.
Terdahulu tular beberapa video di media sosial yang diambil orang awam memaparkan pergaduhan itu.
Dalam video itu, kelihatan seorang wanita didapati memegang senjata tajam dipercayai parang dengan terdapat mangsa yang parah terbaring di jalan.
https://www.bharian.com.my/berit ... individu-bersenjata |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|