CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelajar maut nahas 4 kenderaan

[Copy link]
Post time 15-5-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode

BUTTERWORTH: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 11.9 Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Sungai Dua, di sini, awal pagi tadi.

Dalam nahas jam 2.35 pagi itu, remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta ketika dia mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan.

"Pergeselan ini menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan sebelum dia dilanggar dua kereta yang datang dari arah belakang kerana tidak sempat mengelak.


"Berikutan impak kemalangan, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Radzi berkata, siasatan lanjut mendapati remaja berkenaan tidak memiliki lesen memandu dan motosikal yang ditunggangi adalah milik bapanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.bharian.com.my/berit ... t-nahas-4-kenderaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.265195 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list