View: 412|Reply: 0
|
Asri tabik semangat pemain Melaka
[Copy link]
|
|
Penyerang Melaka, Ifedayo Olusegun diasak dua pemain PJ City pada aksi Piala FA malam tadi. - Foto FB Melaka United
MELAKA: Jurulatih Melaka United, Mohd Asri Ninggal memuji semangat juang pemainnya ketika menewaskan PJ City pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi.
Menurutnya, bukan mudah menentang skuad kendalian P Maniam itu yang memiliki kualiti permainan yang bagus terutama ketika melakukan serangan balas pantas.
"Pemain memberi fokus untuk memastikan kemenangan menjadi milik pasukan walaupun turut diasak hebat lawan selepas ketinggalan.
"Malah, saya akui pelawat memiliki keistimewaan tersendiri kerana mereka mampu mengekalkan momentum dalam tempoh 90 minit sehingga pemain saya berdepan cabaran getir untuk mempertahankan kelebihan," katanya.
Pada aksi berkenaan, kapten pasukan, Sony Norde terlebih dahulu meletakkan Melaka di depan pada minit ke-11 sebelum Darren Lok menyamakan kedudukan minit ke-50.
Pemain import dari Brazil, Andriano Narcizo kemudian menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan pasukan.
Sementara itu, Maniam pula tidak berpuas hati dengan corak persembahan pasukannya pada babak pertama sehingga lawan memperoleh jaringan.
"Bagaimanapun, kami mendapat rentak sebenar selepas membawa masuk Mahali Jasuli dan Khyril Muhymeen Zambri.
"Namun pertahanan Melaka bertahan dengan baik untuk menghalang setiap percubaan sekali gus menggagalkan usaha kami mendapatkan jaringan penyamaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... angat-pemain-melaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|