View: 412|Reply: 0
|
Melaka tanpa Bass berdepan PJ City
[Copy link]
|
|
AKSI latihan Melaka menjelang pertemuan berdepan PJ City. -FOTO Ihsan MU
Melaka: Melaka United (MU) bakal terlepas khidmat pemain import Filipina, Justin Bass yang tidak sempat pulih daripada kecederaan menjelang saingan pusingan kedua Piala FA berdepan PJ City di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.
Penolong jurulatih MU, Nazrolerwan Makmor berkata, harapan pasukan untuk menggunakan sentuhan pemain pertahanan itu pada perlawanan terbabit kemungkinan tidak kesampaian akibat kecederaan yang dialami.
Katanya, berdasarkan perkembangan terbabit ketua jurulatih Mohd Asri Ninggal sudah merencana susunan pemain dengan mengambil kira kedudukan terkini Bass menjelang perlawanan.
Menurutnya, apa yang melegakan pemain lain bagaimanapun bebas daripada kecederaan termasuk Adriano Narcizo yang sudah terlepas beberapa perlawanan sebelum ini.
Justeru, dia yakin walaupun tanpa khidmat Bass namun barisan pemain yang diturunkan dalam perlawanan berkenaan akan tampil bertenaga untuk mencatat kemenangan.
"Apa yang penting momentum kemenangan dalam dua perlawanan lalu di pentas liga mampu menyuntik sentuhan terbaik pemain berdepan lawan yang diakui memiliki barisan pemain mantap walaupun tanpa khidmat import.
"Persembahan konsisten pemain sentiasa dituntut untuk memastikan pasukan mampu melangkah ke pusingan seterusnya tambahan pelawat sememangnya bertekad untuk mengecewakan Melaka," katanya.
Baginya, PJ yang memiliki kualiti permainan berpasukan yang baik walaupun tanpa tonggak bintang bakal memberi tekanan kepada pasukan sehingga wisel penamat.
Namun kesungguhan tinggi skuad Hang Tuah tambahan aksi di laman sendiri perlu digunakan buat Melaka untuk memastikan kemenangan menjadi milik skuad Hang Tuah kali ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ss-berdepan-pj-city |
|
|
|
|
|
|
| |
|