View: 386|Reply: 0
|
'Kami datang ke Johor berdepan JDT bukan untuk kalah...'
[Copy link]
|
|
Sarawak United bakal menyingkap saingan pusingan kedua Piala FA berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu. - Foto Sarawak United FC Official
PENYERANG Sarawak United, Nur Shamie Iszuan Amin menganggap tonggak import Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri ancaman besar yang perlu diawasi para pemain kelab itu apabila kedua-dua pasukan berentap di pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.
Jelasnya, Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora itu pastinya akan menurunkan kesebelasan terbaik dalam memastikan slot suku akhir dalam genggaman, namun Sarawak United lebih bersedia dalam menghadapi tentangan tuan rumah terutamanya beberapa pemain import mereka.
Menyifatkan Forestieri antara salah seorang penyerang yang berbahaya, Shamie percaya sekiranya pasukan mempamerkan disiplin terbaik atas padang, tidak mustahil kemenangan mampu menjadi milik mereka.
“Kami datang ke Johor berdepan JDT bukan untuk kalah, walaupun kita tahu mereka bukan mudah untuk ditewaskan lagi-lagi bermain di laman sendiri.
“Tetapi kami akan cuba buat yang terbaik dan apa-apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan.
“Kami akan memberi lebih tumpuan kepada beberapa pemain mereka seperti Forestieri sebab kita tahu dia memang seorang pemain yang mempunyai larian pantas dan ada teknik yang cukup baik.
“Tetapi kalau kami lebih berdisiplin malam esok, tidak mustahil kita akan dapat mengawasi dengan lebih baik pemain-pemain mereka malam esok," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... T-bukan-untuk-kalah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
|
|
|
|
|
|
| |
|