View: 399|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Tembok Laut Padang Kota Lama siap dengan kos RM12.9 juta
[Copy link]
|
|
Georgetown: Projek pengukuhan dan penambahbaikan Tembok Laut Padang Kota Lama termasuk laluan pejalan kaki sepanjang 570 meter dari Medan Selera Renong ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini siap sepenuhnya dengan kos sebanyak RM12.9 juta.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, projek yang dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu adalah satu daripada 14 komponen projek di bawah Pelan Induk Pesisir Pantai Utara Pulau Pinang membabitkan kos berjumlah RM140 juta yang ditanggung kerajaan negeri, MBPP selain anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Think City Sdn Bhd secara bersama.
"Daripada 14 projek fizikal dan projek kajian berkenaan , 10 daripadanya sudah disiapkan setakat ini termasuk projek Tembok Laut Padang Kota Lama yang dimulakan pada 2016.
"Kerajaan negeri turut akan mengeluarkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.4 juta untuk membangunkan projek Taman Jajar berdekatan tembok tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut Chow, kerja membangunkan taman itu akan mula dilaksanakan MBPP pada Julai ini bagi melengkapkan fungsi ruang awam dan kawasan hijau di sekitar tembok berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata lima meriam lama dipercayai dari abad ke-18 yang ditemukan ketika kerja mengorek tanah dilakukan di sekitar tapak projek itu pada 2019 kini ditempatkan di Fort Cornwallis, di sini selepas melalui proses restorasi.
"Mungkin satu daripada meriam itu boleh dipertimbangkan untuk dipamerkan di sini (Padang Kota Lama) dan buat masa ini kita ada terima cadangan untuk menempatkan kesemua meriam itu di Fort Cornwallis.
"Kemungkinan ada banyak lagi meriam tertanam di Padang Kota Lama kita tidak tahu," katanya.
Sebelum ini kerajaan negeri dilapor tidak mempunyai rancangan untuk mengorek keseluruhan kawasan Padang Kota bagi mencari artifak atau tinggalan lain.
CHOW Kon Yeow (dua kiri) melakukan tinjauan pada majlis perasmian projek kerja-kerja pengukuhan dan penambahbaikan Tembok Laut Padang Kota Lama. FOTO Danial Saad
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rm129-juta-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|