View: 410|Reply: 0
|
'Negeri Sembilan sukarkan kami' - Mora
[Copy link]
|
|
PEMAIN Negeri Sembilan Matheus Alves (dua kanan) mengasak pemain JDT, Corbin Ong pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. FOTO Bernama
Seremban: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora memuji persembahan Fernando Martin Forestiere yang berjaya menyelamatkan maruah pasukan itu hasil jaringan tunggal menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC), 1-0, dalam aksi Liga Super, malam tadi.
Sambil mengakui aksi luar biasa dipamerkan anak buah K Devan dalam pertembungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Mora menyifatkan Fernando adalah pemain terbaik buat skuad bimbingannya malam tadi.
"Fernando muncul penyelamat bagi kita dan dia adalah pemain terbaik malam ini (malam tadi). Apa yang jelas perlawanan malam ini adalah sukar dengan tentangan sengit diberikan Negeri Sembilan.
"Sangat mencabar, Negeri Sembilan sebuah pasukan yang bagus, semangat dan mentaliti pemain mereka yang baik hingga menyukarkan kita untuk mendapatkan gol terutama pada separuh masa pertama.
"Biarpun kita berjaya melakukan serangan tapi mereka berjaya bertahan dengan baik," katanya selepas perlawanan malam tadi.
Ketika perlawanan dilihat hampir mencatatkan keputusan seri, Forestiere muncul wira JDT apabila melakukan sepakan cantik dari jarak kira-kira 30 meter dari luar kotak penalti, yang menerjah di penjuru gawang gol NSFC ketika masa tambahan 10 minit pada penghujung perlawanan.
Kemenangan itu meletakkan JDT kembali menerajui carta Liga Super selepas menghimpun 15 mata hasil lima kemenangan berturut-turut, manakala NSFC di tangga kedua dengan 14 mata selepas melalui tujuh perlawanan.
Mora menyifatkan sikap tidak berputus asa anak buahnya untuk mendapatkan gol walaupun dalam masa tambahan dan sebelum wisel penamat ditiupkan pengadil, antara faktor utama yang membantu jaringan kemenangan itu.
"Pemain saya tidak mengenal erti putus asa untuk mendapatkan gol dan usaha itu dilakukan sehingga ke penghujung saingan, jadi inilah yang saya bangga dengan pemain saya bila mereka berlawan.
"Jika kami gagal ia adalah masa yang terbuang bagi kami dan saya rasa itu adalah sesuatu yang membazir dan kami anggap tidak pernah berlaku.
"Dari situ kami sentiasa meningkatkan mutu latihan dan persembahan, namun itu bergantung kepada diri pemain itu sendiri. Tahniah kepada peminat kami di Johor," katanya.
Mengenai tambahan masa sehingga 10 minit pada separuh masa kedua diberikan pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin, Mora berkata, perkara itu adalah di bawah kuasa pengadil.
"Ia perkara biasa dan beliau (pengadil) sendiri ada asas tertentu untuk menetapkan tempoh tambahan masa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sukarkan-kami-mora |
|
|
|
|
|
|
| |
|