View: 373|Reply: 0
|
Gol minit akhir Forestiere bantu JDT ranap NS
[Copy link]
|
|
Pemain JDT, Mathew Davies (dua kanan) bersaing dengan pemain Negeri Sembilan FC untuk mendapatkan bola ketika aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. - Foto BERNAMA.
SEREMBAN: Impian Negeri Sembilan FC untuk mencabar keunggulan Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak kesampaian apabila tewas 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi.
Jaringan Fernando Martin Forestiere pada masa kecederaam penghujung babak kedua meletakkan skuad Harimau Selatan kembali ke takhta liga dengan himpunan 15 mata selepas lima perlawanan.
Terdahulu, kedua-dua pasukan bermula dengan tempoh permainan yang tinggi dengan saling melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing bagi mendapatkan gol awal.
Skuad bimbingan Benjamin Mora dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama dengan beberapa percubaann berbahaya terutama melalui Arif Aiman, Mohd Afiq Fazail dan Bergson Da Silva.
Sekurang-kurangnya enam percubaan ke arah pintu gol tuan rumah daripada ketiga-tiga pemain berkenaan tidak menepati sasaran selain dinafikan penjaga gol Negeri Sembilan Ahmad, Syihan Hazmi Mohamed.
Komitmen dan kesungguhan tinggi dipamerkan anak buah K Devan terutama di bahagian benteng dalam mengekang setiap serangan JDT, membuatkan gawang skuad Hobin Jang Hobin kebal sekali gus mengikat kedudukan tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Malah, Negeri Sembilan turut berjaya mencipta beberapa peluang menjaringkan gol terutama menerusi Matheus Alves dan David Mawutor, namun tidak menepati sasaran.
Bersambung babak kedua perlawanan, skuad Harimau Selatan dilihat meningkatkan keupayaan serangan dalam misi mendapatkan gol. Pada minit ke-65, Arif Aiman mensesiakan peluang apabila sepakannya gagal menewaskan Ahmad Syihan biarpun hanya berdepan dengan penjaga gol itu.
Ketangkasan Ahmad Syihan menjadi antara faktor kekuatan Negeri Sembilan selepas berjaya menafikan deretan percubaan jentera serangan JDT.
Bagaimanapun, kekebalan Ahmad Syihan tidak bertahan lama apabila akhirnya gawangnya bolos pada penghujung perlawanan menerusi jaringan Forestiere untuk membantu JDT menang 1-0 sekali gus meraih tiga mata dari Paroi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -bantu-jdt-ranap-ns |
|
|
|
|
|
|
| |
|