CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bomba melecur di jari

[Copy link]
Post time 6-5-2022 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Bomba melecur di jari

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 6, 2022 @ 5:47pm  [email protected]




Jentera Pasukan Bomba Sukarela disambar api ketika melakukan pemadaman di Kawasan Perindustrian Valdor, Nibong Tebal, hari ini. - Foto JBPM




NIBONG TEBAL: Dua anggota bomba melecur di jari ketika memadam kebakaran di gudang penyimpanan bahan kimia di Kawasan Perindustrian Valdor, di sini, awal pagi tadi.

Kedua-dua anggota berusia lingkungan 30 dan 40-an itu dilaporkan stabil, selepas menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap, dekat sini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Tarmizi Abdul Salam, berkata dua anggota itu mengalami kecederaan ringan pada bahagian jari kanan dan kiri.

"Ketika itu, api sangat marak dan menyambar hingga terkena jari dua anggota bomba berkenaan.

"Kecederaan tidak serius kerana kedua-duanya memakai sarung tangan khas dan mereka berdua stabil, selepas menerima rawatan di hospital," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebuah jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS) pula terbakar di bahagian pintu tempat pemandu.

"Kebakaran itu berlaku ekoran tempias dari kebakaran gudang berkenaan. Jentera masih boleh bergerak," katanya.

Mohamad Tarmizi berkata, operasi pemadaman kebakaran itu tamat sepenuhya pada jam 3.40 petang tadi.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.044233 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list