CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang cadang kawal selia inap desa

[Copy link]
Post time 5-5-2022 11:06 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang cadang kawal selia inap desa
| | 05 Mei 2022



Rumah sewa jangka pendek atau inap desa telah mewujudkan saingan berat sebelah kepada hotel berlesen. - Foto Bernama


GEORGE TOWN - Meskipun telah mengumumkan untuk tidak membenarkan rumah sewa jangka pendek atau inap desa, kerajaan Pulau Pinang masih terbuka kepada pilihan untuk mengawal selia aktiviti tersebut.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, perkara itu akan melibatkan pelbagai agensi seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan.


Beliau berkata, rumah sewa jangka pendek atau inap desa telah mewujudkan saingan berat sebelah kepada hotel berlesen yang tertakluk pada peraturan MOTAC, membayar cukai serta yuran hotel.


"Kita akan berbincang dengan kementerian dan agensi terlibat untuk mengadakan peraturan dan undang-undang baharu untuk mengawal selia rumah sewa jangka pendek atau inap desa di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu inisiatif bagi merangsang pelancongan negeri 'High Fun Penang Project' di sini pada Khamis.


Bulan lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo mengumumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk tidak membenarkan daftar masuk atau check-in di rumah atas tanah serta bangunan tinggi untuk rumah sewa jangka pendek atau inap desa, susulan banyak aduan diterima daripada kumpulan penduduk di pangsapuri, kondominium dan kawasan kediaman.


Bagaimanapun, Soon Hin menjelaskan larangan itu hanya dikenakan untuk bangunan tinggi dengan status kediaman yang melarang mereka menyewa secara jangka masa pendek.


Beliau berkata, Pulau Pinang berhasrat untuk mengharamkan sesuatu seperti Airbnb, sebuah pasar dalam talian untuk pencarian tempat tinggal sementara, iaitu pangsapuri atau kondominium yang disewa secara jangka masa pendek kepada pelancong.


Soon Hin berkata, larangan itu tidak akan dikenakan terhadap inap desa berciri kampung yang dibenarkan oleh MOTAC sebagai produk pelancongan dan menambah kerajaan negeri belum memutuskan tarikh penguatkuasaan larangan itu. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... wal-selia-inap-desa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.421113 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list