CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1816|Reply: 0

Susu tak menyusut

[Copy link]
Post time 30-4-2022 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Susu tak menyusut


KOMPOSISI susu berubah dari kolostrum hingga susu matang.

Bagi ibu yang menyusukan anak tetapi ragu-ragu dengan tahap kemampuan terutama dalam menjalani ibadah puasa, panduan dikongsi Pegawai Sains Pemakanan dan juga Kanselor Laktasi, Adibah Zakaria ini pastinya boleh membantu.

Kata Adibah, ketika menjalani ibadah berpuasa, isu atau kebimbangan bagi kebanyakan ibu yang menyusu anak ialah terdapat kepercayaan tindakan terbabit boleh menjejaskan kualiti dan tahap kesihatan mereka.

"Ya, memang setiap kali tiba Ramadan, saya kerap menerima pelbagai persoalan mengenai ibu yang menyusukan anak tetapi masih mahu berpuasa. Kebanyakan soalan yang diajukan

berbalik kepada isu sama iaitu ibu ini bimbang kandungan zat atau nutrien dalam susu mereka terjejas.

"Selain itu ada juga permasalah lain iaitu ibu yang ingin berpuasa juga bimbang kuantiti susu berkurangan jika mereka berpuasa. Tidak kurang ada beranggapan jika mereka menyusukan anak tetapi tidak makan dan minum pada sebelah siang terutama Ramadan menyebabkan mereka lebih mudah terhidrat dan pitam.

"Mungkin ibu ini berpendapat sedemikian kerana mereka tidak mengambil sebarang makanan dalam tempoh yang panjang. Sebenarnya terdapat mekanisme atau amalan boleh dilakukan mereka ketika berpuasa untuk terus membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi atau anak mereka," katanya.

Berdasarkan pengamatan dan pembacaan pakar itu berpendapat, kualiti susu ibu tidak terjejas. Ini kerana berdasarkan kajian antara pemakanan ibu dan juga susu adalah membabitkan kuantiti susu jika si ibu tadi mengalami kekurangan zat lebih dari tiga bulan ke atas.

"Sebenarnya ibu yang berpuasa, kualiti susu mereka tidak terjejas dan masalah kerap dihadapi lebih kepada penghasilan susu. Penghasilan susu ini sebenarnya boleh dibantu menerusi pengambilan makanan seimbang terutama sumber protein.

https://assets.hmetro.com.my/ima ... 1%29_1651014027.jpg
"Saya tekankan kepada ibu yang menyusu dan ingin berpuasa, amalan bersahur antara persiapan harian paling penting bagi membantu mereka mendapatkan tenaga dan menghasilkan susu mencukupi.

"Ketika bersahur, sumber makanan diambil perlulah merangkumi panduan sajian seimbang terutama protein yang menjadi antara elemen paling penting dalam diet mereka. Bagi ibu menyusu baik yang berpuasa ataupun tidak, protein antara sumber penting dalam penghasilan susu apatah lagi yang menyusu bayi di bawah enam bulan," katanya.

Tambah pakar itu lagi, persiapan bersahur lain termasuklah pengambilan air mencukupi selain pengambilan karbohirat kompleks.

"Selain memastikan sumber itu baik untuk penghasilan susu, ibu juga perlu tahu sajian dapat membantu memberi tenaga sepanjang hari. Antara sajian disarankan untuk dinikmati adalah kurma.

"Jangan terkejut kerana kurma mengandungi nutrien lengkap. Selain karbohidrat, protein dan serat juga terdapat dalam kandungan makanan sunnah itu.


AMALAN bersahur penting bagi ibu yang menyusu.

"Selain itu pengambilan oat juga dilihat salah satu sajian yang dapat memberi kebaikan kerana membantu untuk rasa kenyang sepanjang hari selain membantu mengurangkan kolesterol.

"Berbalik kepada protein, jumlah yang mencukupi boleh diambil adalah dengan mengukur saiz tapak tangan. Ini boleh dipelbagaikan baik sajian seperti telur, daging dan ikan ketika berbuka," katanya.

Adibah yang turut berkongsi tip sama dalam platform Youtube Program Jaringan Kaunselor Penyusuan Ibu (BCNP) baru-baru ini, menyifatkan ibu menyusu boleh memulakan tabiat permakanan yang baik dan sihat ketika Ramadan.

"Dalam bulan puasa inilah ibu yang menyusu boleh 'reset' kembali mengenai pilihan diet yang baik untuk penghasilan susu dan kesihatan diri mereka. Pemahaman mengenai zat atau kandungan nutrien bayi terima sebenarnya ia adalah komposisi susu yang berubah mengikut keperluan bayi.

"Dalam kajian pada tahun 2019 mengenai pemakanan ibu dan susu, sebenarnya ibu tidak perlu ambil kalori lebih daripada keperluan dirinya kerana komposisi mikronutrien akan berubah mengikut peningkatan usia bayi.

"Susu ibu berubah dari kolostrum sehingga susu matang, komposisi nutrien berubah dari rendah lemak dan tinggi protein kepada kepekatan yang tinggi lemak serta rendah protein.

"Semakin panjang tempoh laktasi, bermakna kandungan susu ibu semakin rendah protein dan semakin pekat laktosa seiring dengan bayi meningkat dewasa," katanya.

Pada masa sama, Adibah turut menyarankan jadual pam susu juga berubah dengan lebih kerap sesi perahan dilakukan pada sebelah malam.

"Satu lagi aspek dapat bantu ibu kekal selesa menyusu dan berpuasa ialah rutin pam yang dapat membantu mencukupkan bekalan susu mereka.Jika di sebelah siang jumlah penghasilan berkurang, mungkin perlu perah susu di sebelah malam.

"Sebenarnya ketika bulan puasa, jadual ibu lebih tersusun yang mana waktu penyediaan makanan untuk sajian keluarga hanyalah terhad ketika bersahur dan berbuka saja. Ibu boleh isi waktu terluang dengan mengepam susu atau melakukan perkara lain yang dapat memberikan ketenangan atau emosi positif," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2022/04/836391/susu-tak-menyusut

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034110 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list