CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tahanan lolos lokap Bayan Baru ditahan semula

[Copy link]
Post time 29-4-2022 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Tahanan lolos lokap Bayan Baru ditahan semula

Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 29, 2022 @ 12:31pm  [email protected]


GEORGETOWN: Tahanan reman kes dadah yang melarikan diri dari Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru, di sini, pada Selasa lalu, berjaya ditahan semula di Batu Kurau, Perak, semalam.

Lelaki berkenaan ditemukan di sebuah chalet dalam keadaan kulitnya dipenuhi dengan kesan dipercayai akibat alahan teruk.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata penahanan semula suspek dilakukan pada jam 6 petang,
semalam.

"Menerusi operasi yang giat dilakukan, lelaki itu berjaya dikesan di sebuah chalet di Batu Kurau, Perak sebelum berjaya ditahan.

"Berikutan terdapat kesan alahan yang teruk pada kulitnya, lelaki berkenaan dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut dan kini sudah berada semula dalam tahanan polis," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, suspek berusia 33 tahun itu kini sudah direman selama empat hari sehingga 2 Mei bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan menyiasat bagaimana dia boleh melarikan diri ke Batu Kurau.

"Polis juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat mengenai keberadaan suspek," katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan tahanan bernama Azizi Mohamad Hassan, 33, didapati melarikan diri dari lokap pada jam 12 tengah malam, Selasa lalu.

Dia ditahan pada 20 April lalu dan sedang menunggu keputusan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, sama ada dia akan dikenakan tahanan atau sekatan berkait kesalahan narkotik.

Susulan itu, enam anggota polis berpangkat Konstabel, Koperal dan Lans Koperal berusia antara 20-an hingga 30-an turut ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Mohd Shuhaily berkata, susulan penahanan semula tahanan itu, pihaknya tidak bercadang bagi meneruskan permohonan perintah reman terhadap anggota berkenaan.

"Elemen kecuaian memang wujud, kita akan teliti tindakan sesuai kepada anggota polis berkenaan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan 224 Kanun Keseksaan," katanya.



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi kenyataan kejayaan tangkapan suspek tahanan yang melarikan diri dari Lokap Berpusat Bayan Baru, Pulau Pinang pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang. - NSTP/Mikail Ong










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2022 12:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.382717 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list