View: 1415|Reply: 7
|
Kasih Hingga Akhir Hayat, Anak Meninggal Di Sisi Ibu Yang Sedang Uzur
[Copy link]
|
|
Perginya di bulan mulia dalam keadaan masih berpuasa dan sedang menjaga ibunya yang sudah uzur membuatkan ramai netizen sebak dan mendoakan Allahyarham Mohd Feisal, 62, ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi laman Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) yang berkongsi sekeping gambar memaparkan jenazah ditutup dengan kain pelikat serta ibunya yang sudah tua terbaring di atas katil.
Menurut perkongsian itu, menghampiri waktu untuk berbuka puasa, menantu dan anak Allahyarham pulang ke rumah. Ketika mereka masuk ke bilik nenek, mereka beranggapan arwah sedang tidur.
Bagaimanapun, anaknya cuba mengejutkan arwah namun gagal. Dia yang menyedari ayahnya sudah meninggal dunia menghubungi talian kecemasan bagi pengesahan kematian.
"Allahyarham adalah seorang anak yang baik, lama menjaga ibunya yang uzur dan sakit. Allah lebih menyayangi Allahyarham. Di akhir Ramadan dijemput Allah ketika berada di sebelah ibunya. Asbab kematian Allahyarham adalah disebabkan darah tinggi," tulisnya.
Sebaik sahaja punca kematian disahkan, menantu telah menghubungi pihak PSSK untuk menguruskan jenazah.
Jenazah ke surau Presint 20, Putrajaya untuk disembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
moga syurga firdaus buat arwah. iols insaf sbb tgk begitu taat dia jaga mak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ، اللهم اكْتُبْهُ عِنْدَكَ فِي المُحْسِنِيْنَ، وَاجْعَلْ كِتَابَه فِي عِلِّيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي أَهْلِهِ فِي الغَابِرِيْنَ، وَلاَتَحْرِمنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ
Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un, wa inna ilaa rabbina lamunqalibuun, allahummaktubhu ‘indaka fiil muhsinin, waj’al kitaabahu fii ‘illiyyiin, wakhlufhu fii ahlihi fil ghaabirin, wa laa tahrimnaa ajrohu walaa taftinnaa ba’dahu.
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah kami kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang baik. Jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Gantilah ia di keluarganya dari orang-orang yang menginggalkan. Janganlah engkau haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya.
Salam Takziah |
|
|
|
|
|
|
|
berehatlah di sana...syurga buatmu, alfatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun
semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.. Untungnyaa acik tu dapat anak sebaik nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun
anak2 etis peduli pun tidak ibu bapa mereka.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|