CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tahanan narkotik lolos: 6 anggota polis direman

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Tahanan narkotik lolos: 6 anggota polis direman

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 27, 2022 @ 8:27pm  [email protected]




Mohd Shuhaily menunjukkan gambar tahanan yang melarikan dari Lokap Berpusat Bayan Baru dalam kejadian tengah malam tadi. - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Enam anggota polis berpangkat Konstabel, Koperal dan Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang tahanan melarikan diri dari Balai Lokap Berpusat di Bayan Baru di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua mereka berusia 20 hingga 30-an itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

"Dalam peruntukan undang-undang kita dibenarkan untuk menahan dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung insiden itu dan saya mengambil tindakan drastik kepada anggota yang bertugas semasa insiden berkenaan berlaku.

"Saya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai yang cuai dalam melaksanakan tugas," katanya selepas melancarkan Op Selamat 18 di Bazar Ramadan Bayan Baru, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya juga akan menyiasat elemen lain yang mendorong tahanan terbabit berjaya melarikan diri.

Katanya, suspek bernama Azizi Mohamad Hassan, 33, ditahan pada 20 April lalu dan sedang menunggu keputusan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 sama ada akan dikenakan tahanan atau sekatan berkait kesalahan narkotik.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat suspek diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071527 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list