Gambar Hiasan
Seorang pengguna Twitter, Syed Akramin mengemas kini ciapannya mendakwa seorang pencipta kandungan di YouTube menerima wang pendapatan daripada sebuah syarikat judi.
Katanya, tidak salah sekiranya orang ramai ingin menghadiri atau menyertai 'acara' anjurannya namun adalah lebih baik sekiranya mereka yang ingin turut serta terlebih dahulu menyelidiki latar belakang penganjur.
"Bila dia buat event beri duit percuma, ramai pula datang. Yang tengah mengandung pun sanggup berlari sampai tergolek. Tapi tak apalah, asalkan bukan babi semua halal kot.
"Tak salah kalau nak jadiri mana-mana acara tapi sebaiknya selidik dahulu latar belakang penganjur. Pastikan tak ada unsur meragukan," tulisnya yang turut mempromosikan barangan berguna yang boleh didapati di Shopee.
Walapun dakwaan terbabit dibuat tanpa menyebut mana-mana nama YouTuber yang terkenal, netizen cepat 'menangkap' bahawa individu yang dimaksudkan ialah Isa Isarb kerana hanya dia satu-satunya yang memberikan duit percuma membabitkan insiden seorang wanita hamil terjatuh.
Meninjau maklum balas netizen terhadap ciapan tersebut, masing-masing bersetuju pendapatan daripada skim pelaburan forex yang dipromosikan oleh YouTuber tersebut adalah haram.
Ada yang mengatakan pemberian duit atas nama sedekah itu hanyalah sekadar mengaburi pandangan mata masyarakat semata-mata selain menutup wang tersebut adalah dari sumber yang haram.
Pun begitu, ada juga yang menuntut Syed Akramin untuk menunjukkan bukti sokongan andai apa yang dikatakannya itu benar. -CARI
|