CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 8

"Terketar-ketar Tangan Dia", Ramai Sebak Lihat Wanita Berlari Lihat Jenazah Ibu

[Copy link]
Post time 25-4-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode

Sumber: Tiktok Malaysian Update






Siapa yang pernah tinggal berjauhan dengan ibu bapa atau keluarga? Kita semua sedia maklum bahawa setiap detik sangat berharga, jika boleh setiap masa mahu melepaskan rindu kerana tiada siapa tahu 'kali terakhir' kita dapat bersama sebelum insan tersayang pergi buat selama-lamanya.


Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik Malaysian Update di Tiktok menunjukkan seorang wanita sedang berlari-lari ke arah jenazah ibunya iaitu Rohana Mohd Hatibe sebelum dikebumikan.


Menurut sumber, ibu kepada wanita yang dikenali sebagai Ina Haslina itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal pagi hari Jumaat yang lalu.





Video yang berdurasi selamat 1 minit 45 saat itu menunjukkan wanita itu tiba di tanah perkuburan di Kampung Pasir Putih, Tawau. Wanita itu sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir dan dilihat menangis dalam keadaan menggigil.


Menurut info, wanita itu bekerja di perantauan dan telah membeli tiket pulang ke Tawau untuk menziarahi ibunya namun apakan daya, ibunya telah dijemput Ilahi pada hari kepulangannya. Siapa yang tidak sedih dengan kehilangan ibu bapa, sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak apabila melihat wanita itu berlari untuk melihat jenazah ibunya. Ramai juga yang mengatakan tidak mungkin mereka dapat menerima sekiranya berada dalam situasi yang sama seperti wanita itu.  - CARI




Sumber: Tiktok Malaysian Update








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 03:12 PM | Show all posts
kadang kan aku slalu terpikir nape orang yg uruskan jenazah slalu nk cepatkan kebumikan jenazah sedangkan tau ada anak2 arwah blum tengok lagi jenazah parents dorang..aku slalu ternampak camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah berada dlm situasi gini, skrg ni pun dh mula risau moga Allah panjangkan usia org2 yg kami sayang. Bagilah kesempatan utk bertemu lagi.
Esok ulangtahun kematian arwah abah iols, abah iols meninggal tiba2 je.
Sepatutnya hujung minggu tu hari sabtu tu nak balik kg kumpul semua adik badik. Kakak iols ckp nak buat bbq bagai.
Sayangnya hari rabu abah iols meninggal dulu. Adik iols masa tu kat Teganu ada program dah  la pi sana naik bas ramai2. Jadi dia nak balik umah takde transport mujur ade pak sedara duk sana sudi nak tolong hantar balik kg.
Otw tu bleh plak keta rosak pastu sapa tah datang tolong tak ingat dh yg pasti adik iols sampai kat kubor abah iols dh dikebumikan dah tengah nak tunggu baca talkin ja.
Sian dia tak sempat nak tgk kali terakhir.
Sampai skrg iols jd trauma tiap kali nak balik kg duk berdebar menunggu hari nak balik tu risau sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 25-4-2022 03:12 PM
kadang kan aku slalu terpikir nape orang yg uruskan jenazah slalu nk cepatkan kebumikan jenazah seda ...

Nak wat cemana katanya kena cepat2 kebumikan kadang tu tgh malam pun org kebumikan ok. Selalu yg dapat masa panjang bila meninggal tgh mlm jam 1pg camtu so ada la masa skit tu pun kul 9 pg camtu dah ready dh nak dikebumikan.
Arwah mak iols ninggal dekat kul 4 pg. Kebumi pun awal gak dlm jam 9-10 pg camtu.Adik badik mak iols mmg tak dpt tgk pun masing2 sampai arwah dh dikebumi kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 01:08 AM | Show all posts
mamajawie replied at 25-4-2022 03:12 PM
kadang kan aku slalu terpikir nape orang yg uruskan jenazah slalu nk cepatkan kebumikan jenazah seda ...

seeloknya disegerakan
aku pun dah pesan awal2 kat family aku. kalau aku meninggal dulu, tanam cepat-cepat. lagi bagus, kat mana aku mati, kalau dapat, tanam kat kawasan perkuburan berdekatan. tak payah la nak tunggu sehari, tunggu orang ke. melainkan takda orang dapat uruskan, atau tanam waktu tu. haa yang tu takpe tunggu besoknya.

family aku 9 orang semuanya. sapa nak tengok jenazah aku nanti, silakan. tak sempat tengok pun takpe, bukan aku nak kecik hati. dah K.O. pun waktu tu.
yang penting, family terdekat. diorang settle, harap terus tanam aku. tak perlu tunggu sepupu ke, sedara ke, kawan-kawan ke, no need.
ini wasiat aku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 01:53 AM | Show all posts
Adrif replied at 26-4-2022 01:08 AM
seeloknya disegerakan
aku pun dah pesan awal2 kat family aku. kalau aku meninggal dulu, tanam cepa ...

kne tambah wasiat, jgn sesiapa stream/ upload video kat tiktok ke metaverse bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2022 09:40 AM | Show all posts
mamajawie replied at 25-4-2022 03:12 PM
kadang kan aku slalu terpikir nape orang yg uruskan jenazah slalu nk cepatkan kebumikan jenazah seda ...

2 perkara perlu di segerakan pabila

seseorg meninggal dunia

* segerakan kebumi

* waris segerakan urus agih harta si mati
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 25-4-2022 03:12 PM
kadang kan aku slalu terpikir nape orang yg uruskan jenazah slalu nk cepatkan kebumikan jenazah seda ...

Ikut orang Arab kan cuaca panas mmg segera la kebuminya xnak mayat membusuk..terus la absorb cara Islam katanya. I nya sepupu husband dia meninggal dulu, anak dia sorang belajar kat uni negeri lain..Pak imam tak sempat2 nak tanam walhal anak otw..sibukla sebut kena cepat tunggu apa lagi..yg benar dia tak sabar nak balik rumah bukannya apa. Elok ditendang Pak imam Tu masuk lubang kubur baru ada akal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 26-4-2022 02:01 PM
Ikut orang Arab kan cuaca panas mmg segera la kebuminya xnak mayat membusuk..terus la absorb cara  ...

Itu la pasal..iolllss penah kena camni bila mak iollss x sempat nak tengok arwah nenek iollss sbab tok imam sibuk2 nak cepat2 kebumikan..padahal da nak sampai da tapi lambat sebab jem kat highway time tu..memang start dari situ iollss sampai skang pelik sbab cam x nak bagi peluang ahli keluarga tgok arwah wt kali terakhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054111 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list