CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 1

[Pulau Pinang] Ramai degil tunggang e-skuter di jalan raya

[Copy link]
Post time 18-4-2022 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Ramai degil tunggang e-skuter di jalan raya

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 17, 2022 @ 3:35pm  [email protected]




Foto Facebook MBPP




GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) giat memantau aktiviti penggunaan e-skuter di sekitar jalan raya bandar ini yang dilihat semakin berleluasa.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Lalu Lintas MBPP, Tan Seng Keat, berkata semakin banyak premis perniagaan yang menyediakan khidmat sewa e-skuter kepada orang ramai terutama kepada pelancong kerana mendapat permintaan tinggi.

"Sebelum ini kita dapat lihat dua atau tiga kedai sahaja yang memberi sewa kenderaan itu tetapi selepas tiada sekatan pergerakan semakin banyak dan isu ini semakin serius dan membimbangkan.

"Ini kerana kebanyakan penunggang e-skuter dilihat mengabaikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain termasuk tidak mengenakan topi keledar dan memandu melawan arus," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, e-skuter yang bersifat mikro mobiliti sepatutnya hanya boleh digunakan di kawasan siar kaki awam atau satu lokasi yang diasingkan dari jalan raya.

Katanya, MBPP bercadang bertemu dengan pengusaha kedai atau premis yang menyediakan perkhidmatan sewa e-skuter dan untuk memberi nasihat serta peringatan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, MBPP boleh menyita atau merampas e-skuter yang menghalang laluan di kawasan siar kaki awam namun tindakan undang-undang seperti saman tertakluk kepada bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"MBPP akan melakukan lebih banyak operasi dan akan bekerjasama dengan PDRM dan JPJ untuk tindakan lanjut.

"Buat masa ini tiada kemalangan dilaporkan membabitkan penggunaan e-skuter dan pada peringkat awal operasi yang dilakukan lebih kepada memberi pendidikan kesedaran awam," katanya.

Terdahulu, MBPP menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, berkata satu operasi diadakan untuk memberi tumpuan kepada aktiviti menunggang e-skuter secara berbahaya bermula jam 11 malam tadi dan berakhir kira-kira 2 pagi, hari ini.

Operasi itu dilakukan susulan tersebarnya satu video tular di media sosial yang mendakwa sekumpulan remaja dilihat menggunakan kenderaan itu di Lebuh Pantai, di sini jam 2.24 pagi beberapa hari lalu.

"Satu mesyuarat untuk menangani isu ini diadakan antara MBPP, PDRM, JPJ termasuk melakukan tindakan penguatkuasaan.

"MBPP tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendali e-skuter dan pemantauan aktiviti berkenaan giat dijalankan demi keselamatan orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, penggunaan e-skuter dilarang di atas jalan raya dan ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 06:30 AM | Show all posts
hampa gebang ja...p lah tampal notis kt dahi pekekedai yg bg sewa tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046851 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list