View: 398|Reply: 0
|
[Perlis]
Hasil siasatan penganggur lakukan gangguan seksual terhadap anak diserah kepada TPR
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mohsin435_1650091822.jpg)
Ahmad Mohsin Md Rodi. FOTO Aizat Sharif
Arau: Kertas siasatan kes seorang penganggur yang dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya berusia empat tahun sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 51 tahun itu kini masih direman sehingga 18 April ini untuk siasatan lanjut.
"Walaupun pemeriksaan awal Hospital Tuanku Fauziah, Kangar menunjukkan tiada sebarang tanda atau petunjuk kanak-kanak itu diliwat atau dirogol, kita tetap meneruskan siasatan yang ada.
"Hasil siasatan kemudian diserahkan kepada TPR negeri dan terpulang kepada TPR untuk mendakwa atau memutuskan supaya suspek dibebaskan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Isnin lalu, polis menahan penganggur berkenaan kerana dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuan yang berusia empat tahun di sebuah rumah di sini.
Suspek ditahan selepas polis mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan daripada nenek mangsa yang tinggal bersebelahan rumah suspek.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rhadap-anak-diserah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|