CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maklumat mengelirukan, produk kerbau sejuk beku India dirampas

[Copy link]
Post time 13-4-2022 01:43 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN produk daging kerbau sejuk beku dari India yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth selepas didapati menggunakan maklumat tidak tepat serta mengelirukan.

   
BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 2,516 kotak produk daging kerbau sejuk beku dari India selepas didapati menggunakan maklumat tidak tepat serta mengelirukan.

Maqis Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua produk ruminan itu dirampas semasa pemeriksaan rutin terhadap kontena yang melalui Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) di sini, Sabtu lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kontena itu mengandungi 600 kotak bahagian hati seberat 6,000 kilogram (kg); 50 kotak ‘hock tendon’ (1,000 kg); 1,700 jantung (17,000 kg) dan 166 kotak ekor (2,988 kg)  dengan nilai pasaran keseluruhan sebanyak RM262,079.

“Kesemua barang dagangan tersebut juga ditahan untuk tindakan dan siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” kata kenyataan itu.


SEBAHAGIAN produk daging kerbau sejuk beku dari India yang dirampas Maqis Pulau Pinang.

Tambahnya, sabit kesalahan, mana-mana pemberi maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian di bawah peraturan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali.  – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... eku-india-dirampas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052057 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list