CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis kesan kumpulan lelaki main meriam karbaid

[Copy link]
Post time 12-4-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan salah seorang daripada lelaki yang bermain mercun berkenaan.

Bukit Mertajam: Polis mengesan sekumpulan lelaki yang bermain meriam karbaid di tepi jalan raya hingga kegiatan mereka itu tular, di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis maklum dengan satu klip video tular berdurasi dua minit 20 saat yang dimuat naik oleh pemilik halaman Twitter 'Malaysia Most Virall'.

Menurutnya, video itu memaparkan kegiatan sekumpulan lelaki dipercayai bermain meriam karbaid di tepi jalan raya hingga dikatakan mendatangkan gangguan bising terhadap penduduk setempat.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Permatang Rawa, di sini dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terbabit dalam video terbabit.

"Orang ramai dinasihati supaya tidak bermain mercun atau meriam meriam karbaid sempena perayaan Aidilfitri kerana ia suatu kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu klip video yang tular itu kelihatan gelagat beberapa orang lelaki di satu deretan rumah kedai yang sedang seronok bermain meriam jenis itu tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Kumpulan itu kemudian didapati menghalakan meriam buatan mereka ke jalan raya sebelum satu letupan kuat dihasilkan.

Perbuatan itu mendapat kecaman netizen kerana bukan sahaja tidak menghormati bulan Ramadan.

Ia dikatakan memberi ancaman kepada pengguna jalan raya di situ terutamanya warga emas apabila mungkin akan terkejut selepas mendengar dentuman kuat akibat kegiatan tidak bertanggungjawab berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... main-meriam-karbaid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.143881 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list