CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tepung bungkus 'legend' kekal diminati lebih 3 generasi

[Copy link]
Post time 10-4-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Tepung bungkus 'legend' kekal diminati lebih 3 generasi

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 10, 2022 @ 12:53pm  bhnews@bh.com.my


KEPALA BATAS: Mementingkan kualiti dan memenuhi citarasa pelanggan, menjadikan tepung bungkus digelar 'legend' yang diusahakan Fadzilah Omar, 54, dari Kampung Guar Tuan Syed, Lahar Kepar, di sini, kekal diminati selama lebih tiga generasi.

Fadzilah atau mesra disapa maksu, mengusahakan perniagaan tepung bungkus sejak 30 tahun lalu secara kecil-kecilan, amat mengutamakan kualiti supaya pelanggan yang kebanyakannya orang kampung dapat merasai keenakan kuih itu sama seperti zaman awal dia berniaga.

Semua bahan untuk menghasilkan tepung bungkus juga amat dititikberatkan apabila dia hanya menggunakan kepala parut segar tanpa sebarang bahan pengawet untuk dijadikan inti.

"Resepi tepung bungkus ini dari arwah ibu, maksu tak ubah apa-apa sebab pelanggan memang suka sangat dengan cara pembuatan secara tradisional mengikut orang lama dulu. Seperti inti, kebanyakan resipi ajar tambah bahan lain untuk melikatkan inti, proses jadi cepat, tetapi maksu tak nak kerana mahu pastikan kualiti dijaga.

"Maksu ambil masa agak lama untuk menyiapkan inti, satu jam untuk memasak inti tepung bungkus supaya mendapat tekstur dikehendak. Inti maksu buat daripada kelapa parut segar, gula merah termasuk sedikit gula putih tanpa campur apa-apa bahan lain untuk melikatkannya.

"Ia kemudian digentel atau dibulatkan dan dibalut dengan tepung pulut yang sudah dibancuh. Proses menggentel inti sebenarnya susah dan perlu kesabaran tinggi. Sebab itu ada peniaga lain yang nak mudah akan tambah bahan lain, tetapi maksu berusaha siapkan inti pada waktu malam sebelum buat tepung bungkus pagi esoknya.

"Seterusnya inti akan dimasukkan ke dalam bancuhan tepung beras dan santan yang dilapik atas daun pisang, kemudian dibalut seperti lepat sebelum dikukus di atas api sederhana rendah selama 10 minit," kata ibu empat anak ini ketika ditemui di rumahnya.

Katanya, dia tidak berani untuk mengkomersialkan tepung bungkusnya kerana ketika ini, terutama pada Ramadan, sambutan amat menggalakkan.

"Sebelum puasa, maksu memang letak tepung bungkus ini di kedai-kedai kopi berdekatan rumah, bila puasa maksu letak di kedai anak di Permatang Rambai, Penaga. Pada masa sama, banyak agensi kerajaan terutama pihak hospital, sekolah, pejabat sekitar kawasan ini buat tempahan.

"Di kedai anak yang buka mulai jam 2.30 petang setiap Ramadan, tak sempat tepung bungkus disusun atas meja, ramai datang ambil sebab mereka sudah buat tempahan awal sehingga yang lain jadi kecewa" katanya yang hanya mampu menghasilkan 250 biji tepung bungkus sehari dengan bantuan suami, Sabudin Dahaman, 65.

Fadzilah berkata, selain tepung bungkus, dia turut menghasilkan pelbagai kuih lain dan manisan, antaranya pau, ketayap dan tapai, namun terpaksa dihentikan seketika atas faktor usia serta kekangan masa.

"Dekat nak raya, maksu akan terima tempahan halwa maskat dan ketupat palas, terpaksa henti ambil tempahan kuih-muih sebab tak cukup masa, faktor usia juga buat maksu mudah letih. Sebelum ini, pernah juga bagi tempahan yang diterima untuk orang lain buat, tetapi ramai pelanggan mengadu rasa tak sama," katanya.


Fadzilah menunjukkan tepung bungkus siap dikukus sebelum dipek untuk dihantar kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan. - NSTP/NUR IZZATI MOHAMAD












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2022 02:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041538 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list