CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Kedah] Pelajar UUM kemalangan di Caribbean teruskan rawatan di HCTM

[Copy link]
Post time 10-4-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode

Haim (dua dari kanan) mengiringi Nur Nabilah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM) selepas tiba di tanah air, pada Jumaat. - Foto ihsan UUM

ALOR SETAR - Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terlibat kemalangan di Curacao, Caribbean pada 28 Disember tahun lalu tiba di tanah air, pada Jumaat.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, Nur Nabilah Mohd Azahar, 25, akan meneruskan rawatan susulan di Hospital Canselor Tuanku Mukriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.

Menurutnya, pesawat yang membawa Nur Nabilah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8 malam.

"Syukur ke hadrat ALLAH kerana Nur Nabilah telah kembali ke tanah air untuk mendapatkan rawatan susulannya.

"Nur Nabilah akan meneruskan rawatan di HUKM (kini dikenali Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM) dan saya berharap dia dan keluarganya tabah serta kuat semangat untuk teruskan rawatan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ketibaan pelajar tersebut turut disambut Haim bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, pegawai-pegawai kanan dari Wisma Putra dan UUM serta ibu bapanya, Mohd Azahar Zakaria dan Nor Manira Khalib.

Sementara itu, ibu Nur Nabilah, Nor Manira mengucapkan terima kasih kepada semua pihak membantu menguruskan rawatan anaknya di sana khususnya Wisma Putra, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga UUM.

“Alhamdulillah akhirnya anak saya berjaya dibawa pulang di atas kerjasama semua pihak terbabit dan saya rasa amat bersyukur kerana dapat melihat anak saya kembali dengan selamat.


“Di samping itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang sentiasa berhubung bertanyakan perkembangan Nur Nabilah sehingga kini,” ujarnya.

Nur Nabilah terlibat dalam kemalangan semasa menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribbean pada 28 Disember 2021 bagi tempoh enam bulan selepas berlepas ke negara itu pada September 2021.

Kejadian tersebut menyaksikan kaki kanannya terpaksa dipotong selepas terkena kipas bot bagi menyelamatkan nyawanya dan rawatan susulan akan dibuat dalam masa terdekat.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... kan-rawatan-di-HCTM
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.305987 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list