View: 507|Reply: 0
|
[Johor]
Lelaki terpelanting ke luar rumah akibat letupan gas
[Copy link]
|
|

ANGGOTA bomba memadam kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan gas. FOTO ihsan bomba
Johor Bahru: Seorang lelaki terpelanting ke luar rumah serta melecur antara 70 hingga 80 peratus akibat letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran tong gas di kediamannya di Jalan Teratai 77, Taman Johor Jaya, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari.
Beliau berkata, dua jentera dan dua Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya dan Tebrau ke lokasi kejadian.
Menurutnya, operasi diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar bersama 15 anggota.
"Pasukan bomba mendapati mangsa terpelanting ke luar rumahnya dan melecur 70 hingga 80 peratus.
"Anggota EMRS memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Letupan juga mengakibatkan sofa di ruang tamu terbakar," katanya.
Jurucakap itu berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada kejadian berlaku ketika mangsa pulang ke rumah berikutan kebocoran dipercayai berlaku bagi tempoh lama.
"Mangsa dipercayai menghuni rumah berkenaan berseorangan dan kami tidak memperoleh maklumat lanjut berkaitan kejadian berikutan mangsa masih menjalani rawatan.
"Operasi tamat pada jam 1.40 tengah hari ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -akibat-letupan-gas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|