CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

[Johor] Jurulatih selam ditemukan selamat

[Copy link]
Post time 7-4-2022 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Mangsa warga Norway yang juga jurulatih penyelam, Kristine Grodem, 35, ditemui selamat dan tiba di Stadium Mersing kira-kira jam 12.05 tengah hari menaiki helikopter unit udara APMM sebelum dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima lawatan lanjut. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

MERSING: Seorang penyelam warga Norway, Kristine Grodem, 35, yang dilaporkan hilang semalam ditemui selamat dan dibawa menaiki helikopter ke Mini Stadium Mersing, jam 12.05 tengah hari.

Kristine adalah jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya Nathan Renze, 14, warga Belanda, serta seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 yang masih hilang ketika aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, di sini.

Media sebelum ini melaporkan empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria, dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat melalui Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya jam 2.35 petang mengenai empat penyelam warga asing tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar 12 tengah hari.

Mangsa terdiri daripada remaja lelaki warga Britain berusia 14 tahun, lelaki warga Britain berusia 46 tahun, wanita warga Perancis berusia 18 tahun dan wanita warga Norway berusia 35 tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065737 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list