CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Terengganu] Larangan berbuka di kawasan lapang jika buang sampah merata

[Copy link]
Post time 6-4-2022 11:30 AM | Show all posts |Read mode

Pembungkus makanan yang dikesan dibuang merata-rata di kawasan lapang di Terengganu. (Gambar kecil: Alias)

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak teragak-agak untuk menguatkuasakan larangan berbuka puasa di kawasan lapang sekiranya masih terdapat bungkusan makanan dan sampah sarap dibuang atau ditinggalkan di merata-rata tempat secara berleluasa.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, tindakan tegas akan diambil kerana sikap tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mencemarkan imej Terengganu bahkan memberi impak terhadap aspek kesihatan.

"Kerajaan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan termasuk mereka yang membeli makanan di bazar Ramadan dan membuang sisa dan pembungkus makanan di merata-rata.

"Sikap membuang sampah bukan ditempat yang betul ini masih lagi berleluasa. Selain tindakan saman, kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk menguatkuasakan peraturan baharu iaitu tidak lagi membenarkan berbuka puasa di kawasan lapang sekiranya masih tiada kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat, " katanya selepas melawat bazar Ramadan Dataran Shahbandar, disini, pada petang Selasa.

Menurut Alias, dalam tempoh tiga hari Ramadan, penguatkuasa MBKT telah mengambil tindakan ke atas seorang individu yang didapati melakukan kesalahan itu.

"Pihak penguatkuasa telah mengeluarkan denda RM50 keatas individu tersebut yang didapati meninggalkan sampah di merata-rata tempat dan kesalahan itu dikesan dilakukan di hadapan pegawai penguatkuasa sendiri," katanya.

Dalam perkembangan sama, Alias berkata, seramai 300 individu telah didenda kerana membuang sampah merata pada tahun lalu manakala seramai 160 pula didenda atas kesalahan sama dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Katanya, kompaun bagi kesalahan membuang sampah di merata tempat itu diambil mengikut Perenggan 47(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau Undang-Undang Kecil 13, Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) MBKT 1981.

"Kompaun RM50 yang dikenakan perlu dibayar serta-merta dan jumlah akan berganda jika pembayaran ditangguhkan.

"Kerajaan bukan mahu menganiaya rakyat namun tindakan ini diambil kerana sudah lama kita ambil pendekatan berhemah dengan menyuntik kesedaran. Sudah tiba masanya kerajaan bertegas demi menjaga imej Terengganu sebagai destinasi tumpuan pelancong," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... buang-sampah-merata
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 4.345065 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list