CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1018|Reply: 9

Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:07 PM | Show all posts |Read mode

Yudi hanya menyerahkan sepasang selipar dan segelas air kosong sebagai mas kahwin untuk Helmi. – Warga Lombok

Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang

JAKARTA – Sepasang suami isteri yang pernah tular di Indonesia kerana memberikan selipar dan air kosong sebagai mas kahwin,  dilaporkan telah berpisah kerana orang ketiga, lapor portal berita Wolipop.

Yudi Anggata dan Helmi Sumiati berkahwin pada 3 Julai 2020 tetapi mereka berpisah tahun lalu.

Menurut Yudi, bekas isterinya itu pernah curang dengan lima lelaki dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah ibu bapanya.

“Dia juga ada bercakap perkara buruk mengenai ibu bapa saya,” kata Yudi.

Tambahnya, mereka berdua telah terputus hubungan dan kini, dia cuba bangkit daripada kegagalan perkahwinannya dengan menghasilkan kandungan di YouTube setiap hari.

“Helmi juga telah berkahwin dan bercerai  sebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.

Pada 2020, kisah Yudi dan Helmi menjadi tular di media sosial Indonesia kerana lelaki itu menyerahkan sepasang selipar selain segelas air kosong kepada Helmi sebagai mas kahwin.

Yudi berkata, ia dilakukan atas kehendak Helmi sendiri yang enggan menyusahkannya ketika itu.

“Selipar itu berharga 10,000 rupiah (RM2.94). Memang lucu kerana tidak menyangka (bekas) isteri hanya meminta selipar sebagai mas kahwin.

“Saya juga berasa bahagia kerana isteri memahami keadaan ekonomi saya ketika ini. Menurutnya, selipar itu adalah untuk kegunaan ketika pergi bersolat,” kata Yudi. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... isah-kerana-curang/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 11:52 AM | Show all posts
aneh aneh ya berita dari seberang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:14 PM | Show all posts

selipar tu boleh guna perambat bekas bini yg asyik berselingkuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:27 PM | Show all posts
ambik balik selipar tu buat penampar
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:41 PM | Show all posts
bangang bangang aje
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:50 PM | Show all posts
dah muka awak tu mcm pecah rumah..nak bini lawa..mmg la banyak saingan...lain kali cari yang sekufu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 06:28 PM | Show all posts
Kurang kemampuan ler tu dah mas kahwin pun selipar bila ada yang lebih baik tak hairan mudah beralih arah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
“Helmi juga telah berkahwin dan bercerai  sebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.

Muka helmi tu pun boleh jadi model ke? Model selipar ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 02:31 PM | Show all posts
awak terlalu selipar utk saya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 01:34 AM | Show all posts
Laaa tahu rupanya bukan Isu Semasa ek...kohkoh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052598 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list