Kredit foto: IG Sheikh Muszaphar/TikTok
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tampil berkongsi dengan pengikutnya di media sosial mengenai dirinya yang masih bersenam di gim walaun sudah menginjak usia 50 tahun.
Menerusi video dimuat naiknya di TikTok, kelihatan dia sedang bersenam di gim serta menitipkan pesanan agar jangan mengalah untuk kekal cergas.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan usia angkasawan negara itu yang sudah berusia 50 tahun.
Malah, ada yang berseloroh Dr Sheikh Muszaphar mempunyai “darah pontianak” untuk kelihatan muda.
Kredit foto: TikTok
Terdahulu, angkasawan negara ini pernah memberitahu bahawa peningkatan obesiti yang berlaku dalam kalangan wanita adalah realiti yang harus diterima dan tidak menolak bahawa jumlah lelaki yang obesiti di Malaysia lebih banyak dari mereka.
Sumber: Murai |