View: 379|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Berdosa jual makanan kepada individu wajib puasa
[Copy link]
|
|
WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
GEORGETOWN: Umat Islam terutama peniaga makanan ditegah membantu memberi makanan atau menjual di siang hari pada bulan Ramadan kepada mana-mana individu yang wajib berpuasa tanpa keuzuran.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, perbuatan mempermudahkan untuk melakukan dosa sememangnya dilarang di dalam al-Quran berdasarkan surah Al-Maidah.
Menurutnya, menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan adalah diwajibkan kepada setiap individu Muslim yang sudah berakil baligh, sihat dan tidak bermusafir.
“Umat Islam tanpa keuzuran atau bermusafir adalah berdosa sekiranya meninggalkan kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadan.
“Berbanding mereka yang tidak mampu berpuasa kerana uzur atau tua, maka dikehendaki mengeluarkan fidyah untuk fakir miskin dengan secupak makanan ruji mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
“Jadi, kita menasihatkan kepada peniaga makanan supaya tidak menjual kepada umat Islam yang diyakini tidak berpuasa dalam bulan Ramadan tanpa keuzuran yang diharuskan berbuka puasa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar premis makanan terutama di sekitar Bayan Baru dan pusat bandar di sini seawal pukul 11 pagi semalam mendapati trend bungkusan plastik hitam masih kekal dipratikkan pemilik premis terbabit.
Pelanggan juga dilihat tanpa segan silu membawa keluar bungkusan hitam selain memilih memakai topi keledar dan penutup mulut (face mask).
Kelibat hampir 10 pelanggan berbangsa Melayu hadir sekitar pukul 12 tengah hari selain ada yang dipercayai menggunakan khidmat penghantar makanan terus ke pintu rumah. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita ... dividu-wajib-puasa/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|