View: 313|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Pelancong dari Asia Barat tunjuk minat tinggi ke Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
YEOH SOON HIN pada program kesedaran jenayah dan keselamatan untuk NGO berkaitan pelancongan di Georgetown, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
GEORGETOWN: Pelancong dari Asia Barat menunjukkan minat yang tinggi untuk datang bercuti ke Pulau Pinang apabila pintu sempadan negara dibuka esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, minat yang tinggi untuk pelancong kembali melancong ke negeri ini merupakan satu berita baik kepada penggiat industri berkaitan pelancongan di sini.
“Menerusi maklum balas yang kami terima pelancong dari Asia Barat sangat berminat untuk kembali bercuti di Pulau Pinang. Ini merupakan hasil dan promosi berterusan yang kami jalankan mengenai pelancongan di Pulau Pinang sepanjang dua tahun lalu dan kita dapat kekalkan minat pelancong untuk ke negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Terdahulu, Soon Hin merasmikan program kesedaran jenayah dan keselamatan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelancongan di Pulau Pinang.
Menurut Soon Hin, kemasukan pelancong asing dijangka secara berperingkat kerana ia bergantung kepada kebenaran serta pembukaan sempadan negara masing-masing.
“Pelancong juga perlu merancang perjalanan mereka jadi kita tidak akan menerima kemasukan pelancong asing secara mendadak. Kita jangka pelancong asing akan memasuki Pulau Pinang secara berperingkat selepas pembukaan sempadan bermula esok,” katanya.
Dalam pada itu, Soon Hin berkata, pihaknya juga sedang berusaha memperoleh persetujuan daripada beberapa syarikat penerbangan untuk mendapatkan perkhidmatan penerbangan terus antarabangsa dari beberapa negara Asia dan Asia Barat ke Pulau Pinang.
“Kita sedang mendapatkan penerbangan terus dari Thailand, Vietnam, Indonesia dan negara Asia Barat ke Pulau Pinang bagi merancakkan industri pelancongan kita. Berita baik mengenainya akan kami umumkan dalam tempoh terdekat selepas mendapat pengesahan mengenai penerbangan terus antarabangsa berkenaan,” katanya. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|