CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 0

Will Smith mohon maaf dengan Chris Rock

[Copy link]
Post time 29-3-2022 02:49 PM | Show all posts |Read mode

Los Angeles: Will Smith membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon dan pelawak, Chris Rock Susulan insiden dia menampar pelawak itu di pentas Academy Awards atau Oscars, semalam.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda. Saya berada di luar batasan dan saya salah. Saya malu dan tindakan saya. Ia tidak menunjukkan saya seperti seorang lelaki yang saya mahukan," tulis pelakon dan penerbit itu yang turut diumum Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard di Instagram.

Permintaan maaf itu dibuat selepas Academy of Motion Pictures, badan yang menganugerahkan Oscar melancarkan tinjauan rasmi mengenai insiden mengejutkan itu apabila Smith melempang pelawak berkenaan kerana bergurau mengenai kepala botak isteri Smith, Jada Pinkett Smith.

"Keganasan dalam semua bentuknya adalah 'beracun' dan merosakkan. Tingkah laku saya pada majlis anugerah ini tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

"Lawak adalah sebahagian daripada kerja, tetapi gurauan mengenai keadaan kesihatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara emosi," kata Smith.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.168841 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list