Sumber: Tiktok kiwaktollah
Untuk pengetahuan semua, awal minggu ini bermulanya kembali sesi persekolahan untuk 'tahun ini'. Akhirnya setelah hampir tiga tahun, pelajar dapat merasai aktiviti sekolah secara fizikal setelah lama menghadapi kelas secara atas talian di rumah akibat PKP.
Ketika inilah kita dapat melihat berbagai-bagai ragam dan reaksi pelajar yang baru masuk sekolah terutamanya pelajar darjah satu. Selalunya, kita akan melihat pelajar yang menangis kerana mahu balik ke rumah. Tetapi lain pula kes yang viral dekat TikTok.
Menerusi video itu, kelihatan seorang bapa menjemput anaknya pulang dari sekolah, tetapi ketika mahu masuk ke dalam kereta anaknya menangis kerana enggan mengikut ayahnya pulang ke rumah siap cakap 'taknak kawan' kepada ayahnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelajar ini. Memang lain dari yang lain. Selalunya akan menangis sebab tidak mahu ke sekolah, tapi lain pula bagi pelajar ini.
Mungkin sebab dah lama duduk rumah sejak PKP sehingga dia sendiri berasa jemu ataupun adik itu tengah seronok bermain dengan kawan-kawan ketika ayahnya datang menejemput.
|