Beberapa hari lepas, dua wanita berdepan detik cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak perempuan sedang berjalan bersendirian di atas jalan raya yang sunyi pada waktu lewat malam.
Menerusi laporan Bangkok Post, kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Chumphon Buri di Thailand.
Menurut laporan itu, dua wanita berkenaan sedang melalui jalan tersebut sebelum tiba-tiba ternampak seorang kanak-kanak perempuan berjalan bersendirian di tengah jalan raya yang sunyi dan gelap dan ketika itu juga hujan agak lebat.
Menurut wanita dikenali sebagai Khun Aon itu, pada mulanya dia dan rakannya agak takut membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan sindiket penipuan.
Oleh itu, mereka berdua terus menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.
Menerusi video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berlari ke arah kenderaan Khun Aon tetapi mereka perlahan-lahan mengundurkan kenderaan.
Selepas tibanya pasukan penyelamat, barulah mereka mempunyai keberanian untuk membuka tingkap dan bercakap dengan kanak-kanak itu.
Namun, keadaan menjadi cemas apabila kanak-kanak itu menangis dan memberitahu bahawa dia tersesat dari rumah neneknya.
Menurut pasukan penyelamat, kanak-kanak itu sebenarnya dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin ke rumah neneknya. Namun, dia tidak menyangka akan tersesat.
Neneknya juga berkata dia telah mendapatkan bantuan daripada ketua kampung di kawasan rumahnya selepas cucunya itu tidak pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam. - CARI
Post time 24-3-2022 09:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku kesian kat budak ni. Mesti takut and nangis2. Dh la gelap, hujan pulak tu. ????
Tapi aku pn takut gak. Takut bkn org. Nasib baik yg tlg ni panggil polis. Selamat adik ni. Imagine kalo xde org tlg sepanjang malam.
Post time 24-3-2022 11:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hareeeesah replied at 24-3-2022 01:27 PM
Kalau iolls dah melolong dah dlm keta.. ko main kejar ² mambang heheh.. aduh cmna la boleh biar bud ...
Kat Amerika maju lagik dasat. Baby kecik 9 bulan terbaring tido tengah jalanraya memalam. Terus CPS ambik semua anak2 mak bangsat tu. Apa buduh punya mak. Samada betul tak sedar anak merangkak keluar rumah atau sheol sengaja letak anak tengah jalan raya untuk dilanggar atau adik beradik baby tu pedajal baby tu letak di jalanraya.
Post time 25-3-2022 10:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dah la budak tu pakai baju mogokwakochipyosemmida kan logik je budak acah2 nak memandai keluar sendiri (kalau siang) sbb aku penah buat naik basikal masa mak aku jemur kain. konon nak cari bahagian dapur rumah masuk kut situ, skali dah sampai belakang rumah tak cam mana satu sbb rumah teres semua nampak sama tak pasal2 dapat penyakit tertonggeng dlm longkang dgn basikal sbb kena sakat ngan 3 eko budak remaja jahat. mujur bila dah keluar longkang, aku gi belah depan jumpa balik rumah aku boleh ingat berdebar2 takut sesat tu
Post time 25-3-2022 11:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 24-3-2022 11:35 PM
Kat Amerika maju lagik dasat. Baby kecik 9 bulan terbaring tido tengah jalanraya memalam. Terus CP ...
Hey ni apa ke lg giler.. 9bulan kalo dh xdgr bunyi sore baby tu xmencarik ke? Betul la agaknya nk bagi mati ke kena pedajal.
Nasib la sana strict diangkut seme
Post time 25-3-2022 02:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ye betul tu kdg2 nk tlg pun fikir pjg. Mcm org ni x fikir benda dimensi lain, dia dok fikir taktik penjenayah ke. Kn skg ada modus operandi guna kanak2. Sebaik bijak call polis dulu.