CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1645|Reply: 13

Budak TikTok Kena Kecam Di Twitter Buat Content Tanya Siapa Cipta Allah

[Copy link]
Post time 23-3-2022 05:17 PM | Show all posts |Read mode


Seorang pengguna TikTok memuat naik video menyentuh isu berkaitan penciptaan manusia.


Video berdurasi 15 saat itu turut disunting dengan tulisan mengatakan bahawa manusia itu bermula dengan Adam dan Hawa kerana pasangan itu diciptakan oleh Allah.


Namun, apa yang menjadi isu adalah apabila lelaki dikenali dengan nama di TikTok, Mr. Amrmuhd itu bertanyakan siapa pula yang menciptakan Allah.


Di Twitter, perkara ini menjadi perbincangan hangat.







Jejaka yang mengulas perkara itu di Twitter iaitu Fawwaz mengatakan Amrmuhd mencipta kandungan sedemikian demi meraih tontonan dan like.


Fawwaz turut berkongsi semula video Amrmuhd di TikTok yang menjawab setiap komen negatif netizen dengan mimik muka yang menunjukkan dia seolah-olah tidak faham dengan maklum balas sedemikian sedangkan dia belum selesai memuat naik keseluruhan video untuk membincangkan isu yang dibangkitkan.







Kata Fawwaz, adalah perkara normal bagi seseorang yang pernah terfikir soalan sebegitu, namun adalah lebih baik andai dia bertanya secara terus kepada pihak yang lebih tahu dan bukannya dijadikan content semata-mata.


Meninjau pada ruangan komen sebahagian besar kurang bersetuju dengan cara pendekatan yang dilakukan oleh Amrmuhd. Ada yang mengatakan jawapan pada pertanyaan yang dibangkitkan itu sebenarnya boleh difikirkan sendiri. Malahan, jawapan kepada pertanyaan itu juga sudah dijelaskan dalam Surah Al-Ikhlas.


Terdapat juga netizen yang menggesa Jakim mengambil tindakan terhadap Amrmuhd. Timbul rasa bimbang content berkenaan akan mempengaruhi fikiran waras individu yang baru mengenal Islam hingga mengganggu emosi sekali gus menggoyahkan kepercayaan mereka.










Tunggu respons agamawan pula. - CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 05:51 PM | Show all posts
nak salahkan dia pun serba salah
kalau dah tak tau nak buat macam mana
sebetulnya sejak kecik mak ayah dah bagitau
melainkan mak ayah pun seangkatan dengannya

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah terbaca alam  ni seperti mesin besar ada aturan sendiri , cikgu aku ckp kalau terdetik dlm hati pertanyaan spt budak ni stop dan tak perlu difikirkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 08:23 PM | Show all posts
jawapan kepada soalan dia, ada dalam Asmaul Husna, 99 nama Allah S.W.T.

boleh google maksud 99 nama tu. insyaallah faham.

kat wiki pun ada.

kalau untuk content semata, tak patut lah dia buat macam tu.
tapi kalau dia terdetik nak tau, mungkin Allah nak buka pintu hati dia, bagi hidayah. wallahualam bissowab.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun peenah tanya tapi tak lah sampai kemaruk nak buat konten...

Tak tahu carilah orang yang berilmu..bukannya buat tik tok. Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur hidup zmn raihan hijjaz rabbani. Dan setau i, dulu selalu ajar kat sekolah terjemahan surah Al-Ikhlas (xingat nama surah)

“Dia tidak dilahirkan & tidak pula melahirkan”

So apa yg xpaham lg? Masa subjek agama ponteng ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2022 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijoli replied at 23-3-2022 07:36 PM
Aku pernah terbaca alam  ni seperti mesin besar ada aturan sendiri , cikgu aku ckp kalau terdetik dl ...

I pernah tanya my mom masa kecik, after kiamat, semua dah dpt pembalasan n semua dah masuk syurga, apa jd lepas tu? Sb i terbayang sunset mcm penutup filem. Adakah dunia baru akan wujud? Dgn manusia2 lain atau adakah kita sekali lg akan turun ke bumi melalui ujian yg lain atau sama? Mak i ckp jgn fikir benda yg x ada jawapan, sometimes boleh gila. Dlm quran pon ada sebut tp i xingat ayat apa yg ilmu Allah pinjamkan kita kat dunia ni dlm berapa percent je. Masih byk n luas lg ilmu Allah yg x terjangkau dek akal manusia. Byk rahsia2 alam
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak terfikir terlintas boleh. Tapi jgn terbawa2 sampai takde hujung. Silap fikir dan tak boleh carry boleh gila isim dik oi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam weols duk berbincang zaman fatrah kat thread arwah jit hari tu.


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 08:41 AM | Show all posts
ada benda yg bole dizahirkan..ada benda yg tak perlu dizahirkan..
kena mendalami ilmu agama lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 09:02 AM | Show all posts
Allahuakhbar.. Baca dan fahamkan surah al-Ikhlas..
Tak tahu tanya ahli agama bertauliah bukan tanya di TikTok..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 09:55 AM | Show all posts
Tak salah nak bertanya,tapi kalau buat semata2 untuk content.
Memang sejenis lapar perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 11:59 AM | Show all posts
dah tahu tapi sesaja buat tak tahu demi secebis content
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 12:10 PM | Show all posts
menteri agama, jakim dah boleh panggil budak ni juga..bukan jul ripin je yang boleh bawa keburukan..isu2 mcm budak ni pun parah juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.074258 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list