CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 0

[Terengganu] Pindaan Enakmen Penyu 1951 tak jejaskan pemajak telur penyu di Terengganu

[Copy link]
Post time 23-3-2022 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Pindaan Enakmen Penyu 1951 yang bakal berkuat kuasa Jun depan di negeri ini tidak menjejaskan 21 pemajak telur penyu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Azman Ibrahim.

Ini kerana, beliau berkata, kerajaan negeri akan membeli semua telur penyu daripada pemajak terbabit untuk ditetaskan.

Katanya, kos pembelian telur penyu daripada pemajak untuk ditetaskan dijangka meningkat sehingga RM300,000.

"Kerajaan negeri sudah melakukan libat urus dengan peniaga telur dan mereka mengakui penjualan telur penyu bukanlah perniagaan utama.

"Berkuat kuasa Jun depan, kerajaan negeri mengharamkan semua penjualan telur termasuk penyu spesies belimbing," katanya kepada media pada persidangan Dewan Undangan negeri (Dun) di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Jabi menjawab soalan Adun Rantau Abang Alias Harun, mengenai nasib pemajak telur penyu di negeri ini selepas penguatkuasaan enakmen itu.

Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, telur penyu yang dibeli daripada pemajak akan ditetaskan menggunakan kaedah pemeraman di tempat penyu bertelur serta di Pusat Konservasi dan Pemuliharaan Penyu.

"Selepas enakmen itu dikuatkuasakan, kita jangka dapat melepaskan antara 400,000 dan 500,000 anak penyu setahun.

"Kajian yang dilakukan mendapati daripada 1,000 anak penyu dilepaskan, hanya seekor akan kembali mendarat di pantai di negeri ini," katanya.
Disiarkan pada: Mac 22, 2022 @ 1:15pm


Telur penyu yang dijual di Pasar Payang. FOTO GHAZALI KORI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.054264 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list