CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1041|Reply: 11

Hanya Boleh Intai Telefon Kawan, Tak Sangka Dapat Hadiah iPhone Baru

[Copy link]
Post time 22-3-2022 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Taufiq




Pada zaman kini, telefon bimbit merupakan satu keperluan buat semua orang. Selain daripada tujuan untuk menghiburkan diri, telefon bimbit juga sangat penting dalam urusan pekerjaan terutamanya sejak pandemik COVID-19 melanda yang menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia perlu bekerja dari rumah.


Telefon bimbit juga digunakan untuk bermain game untuk menghilangkan stres ataupun ketika mengisi waktu lapang. Tetapi, bukan semua telefon bimbit menyokong penggunaan aplikasi permainan seperti Mobile Legend dan lain-lain.







Itulah yang terjadi menerusi perkongsian video yang dimuat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Taufiq Norjanah apabila dia berkongsi momen sedih di mana rakannya hanya mampu melihat orang lain bermain game kerana telefon bimbitnya tidak menyokong untuk muat turun aplikasi tersebut.


Kelihatan lelaki itu juga hanya tersenyum sambil memerhatikan rakannya bermain game sambil melihat telefon bimbitnya sendiri yang disorok di dalam beg.


Selepas sehari video itu dimuat naik, ia meraih lebih satu juta tontonan dan tidak sangka tiba-tiba ada pihak yang sudi menghadiahkan telefon kepada lelaki ini.





Penjual Iphone yang sudi menghadiahkan telefon bimbit kepada lelaki itu dikenali dengan nama iphonewantedoficial di Tiktok. Rakyat Malaysia sememangnya sangat terkenal dengan sikap suka memberi.  


Betullah kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berharap pemuda tersebut dapat menggunakan hadiah yang diberikan dengan sebaiknya.


Netizen juga mengambil kesempatan itu untuk mendoakan agar pemberi Iphone tersebut terus dimurahkan rezeki serta perniagaannya semakin maju kerana sanggup membantu orang yang memerlukan.  - CARI




Sumber: Tiktok Iphonewanted

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2022 06:44 PM | Show all posts
Ramailah nanti buat content camni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak rase ok je. Im crying ????. Ramai lelaki diluar sana yg susah tp x merempan nk minta duit org. Tp yg berlagak kaya adelah jugak demi secebis viewers dan followers. And nk tunjuk mampooo. I respect laaa cmni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
X phm aku ceta sedih apa ni? Dia pakai smartfon jugak kan tp bukan aipong?. Then dihadiahkan  dgn aipong.. so ceta sedihnya kat mana?

Aku pun x pakai aipong... adakah aku pun termasuk dlm golongan yg patut dikasehankan?

Apapun aku kesian air muka brader.. dari air muka dia.. nampak dia org yg jujur dan rajin... klu aku.. x bagi kot aipong.. aku bende lain yg lebih bermanfaat.. aku rasa aipong ni nanti melalaikan je... dah sah2 katanya utk main game...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak muka dia mmg macam naive baik jaa.. ok la dapat kawan yg baik bukan jenis membuli ke apa. tak la sedih apa mungkin pada dia ada kepentingan lain duit dia bukan ipon. Tp tgk Allah bagi, rezeki dia.. muka dpt ipon pun gitu je xla jakun sopan je terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik dia bagi hadiah kat murid yang betul-betul memerlukan henfon untuk study online
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2022 11:09 PM | Show all posts
iols je ke yang tak rasa kesian kat noreenzen2 batak content nih? eh noreen ko dah tau muka ko tu tak lawa mana boleh tak jangan buat perangai noreen dok mengendeng kat henpon orang yang lagi canggih? bukan nya ko takde henpon ada jah kan so apa masalah ko ni? ko hengat ipong tu boleh bawak masuk kubor ke yang ko nak batak sangat tengok orang lain pakai ipon hah noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 11:18 PM | Show all posts
ko ni memang tak malu eh noreen? sanggup yach mengiqbalkan diri nampak cam orang bodoh terhegeh2 kat ipon orang padahal heshe tu nak gunakan ko untuk content dia jah hah noreen? ko tak kisah yach buat muka bodoh2 macam noreen tonyok tu asalkan dapat genggam secebis ipon gitu hah noreen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2022 11:25 PM | Show all posts
matjerk replied at 22-3-2022 01:15 PM
X phm aku ceta sedih apa ni? Dia pakai smartfon jugak kan tp bukan aipong?. Then dihadiahkan  dgn ai ...

kan chuolss? iols pon tak paham motip heshe kena berperangai noreen nak mengendeng kat orang yang pakai ipon? lepas tu sendiri mula fefeling sendu sedih bagai nak orang kesian dekat ko sebab ko takde tepon canggih? eh noreen kalau tak pakai ipon tu kira tak canggih ke? kalau pakai ipon tapi perangai tetap noreen boleh ke mana jah ko dengan ipon tu hah noreen?

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 07:51 AM | Show all posts
sedih sbb xdpt main mobile legend? ohhhhh..sedih betul kisahnya.. benda2 lagha xyah la nak sedih sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Miskin sgt ke org pakai android ni?? Pastu sedih sbb laki Tu xdpt main game????? Dah miskin masih ingat nak main game ke ???
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:06 AM | Show all posts
Entah2 kat rumah brother ni ada PC gaming setup level kayangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.594247 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list