CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Terengganu] Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:15 PM | Show all posts |Read mode

Satiful Bahri. FOTO Ghazali Kori.

Kuala Terengganu: Sebanyak 1,395 kes jenayah syariah direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua tahun bermula 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kesemua kes berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 969 kes direkodkan pada 2020, manakala 426 kes, tahun lalu.

"Kes khalwat merekodkan jumlah tertinggi dihadapkan ke Mahkamah Syariah iaitu 860 kes dengan 563 pada 2020, manakala tahun 2021 (297 kes).

"Ia diikuti kesalahan kahwin bersalahan dengan bahagian dua undang-undang keluarga Islam iaitu 99 kes, yakni 72 kes (2020) dan 27 kes pada 2021.

"Kesalahan persediaan persetubuhan luar nikah pula mencatatkan kes ketiga tertinggi iaitu 77 kes pada 2020, dan 20 kes tahun lalu," katanya dalam jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Satiful Bahri berkata, kesalahan lain yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah adalah berjudi, subahat, tidak solat Jumaat, poligami tanpa kebenaran mahkamah, perceraian tanpa kebenaran mahkamah dan memungut khairat tanpa kebenaran.

Terdahulu, Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pas-Batu Buruk) bertanya sialan mengenai kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke mahkamah pada 2020 dan 2021.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 5154 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9242 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050373 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list