CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat nelayan hilang dalam dua insiden bot karam

[Copy link]
Post time 21-3-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode

Dua nelayan yang berjaya diselamatkan namun seorang lagi masih belum ditemui dalam kejadian di Pulau Kendi.

KEPALA BATAS - Tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki dipercayai dipukul ombak lalu karam di perairan Kuala Muda, Penaga di sini pada Isnin.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Yusmin Mohd Yusoff berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 pagi lalu bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, maklumat awal yang diterima, tiga nelayan tersebut dikenali sebagai Mohd Firdaus Samsudin, Hazizul Zakaria dan Ruzidi Saad yang berusia lingkungan 34 hingga 44 tahun.

Katanya lagi, ketika ini, bomba sedang giat menjalankan SAR di perairan Kuala Muda bagi mencari kesemua mangsa.

Difahamkan semasa kejadian, hujan lebat dan angin kuat melanda kawasan perairan Pulau Pinang.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, tiga nelayan terjatuh ke dalam laut selepas bot yang dinaiki karam akibat dipukul ombak kuat di perairan Pulau Kendi pada jam 8.15 pagi.

Bagaimanapun kata Pegawai Operasi JBPM Pulau Pinang, Mohd Awis Kharni Abdul Rahman, berkata, dua daripada nelayan tersebut berjaya diselamatkan manakala seorang lagi belum ditemui.

"Kita menjalankan SAR di kawasan perairan Pulau Kendi bagi mencari seorang nelayan yang merupakan tekong selepas botnya karam dalam kejadian pagi ini (Isnin).


"Nelayan yang ditemui dikenali sebagai Tan Soon Gin, 30-an dan Pai San Chu Kaw, 40-an yang mana kedua-duanya adalah warga Thailand," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-insiden-bot-karam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057797 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list