CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Pulau Pinang] Galeri warisan arkeologi dijangka siap 2025

[Copy link]
Post time 20-3-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode
KEPALA BATAS: Kesemua hasil penemuan artifak dan 42 rangka manusia termasuk 'Penang Woman' yang ditemui ketika kajian penyelidikan sejak 1863 akan ditempatkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, di sini, yang dijangka siap pada 2025.

Kurator Unit Arkeologi Pulau Pinang, Nurul Amira Md Isa, berkata pembinaan galeri yang lebih teratur di atas tanah berkeluasan 1.2 hektar itu kini dalam proses reka bentuk selepas memperoleh peruntukan RM10 juta daripada kerajaan pusat tahun lalu melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Katanya, apabila siap kelak ia akan menjadi galeri arkeologi yang pertama di Pulau Pinang dan tarikan baharu termasuk pusat rujukan setempat.

"Cadangan pembinaan galeri ini bermula sejak 2013 lagi dan pada April 2017 ketika kerja pembinaan galeri ini berlangsung secara tidak sengaja terdapat penemuan rangka manusia digelar 'Penang Women' yang berusia lebih 5,000 tahun menyebabkan pembinaannya terpaksa dihentikan kerana memberi laluan kepada kerja ekskavasi.


"Pada ketika ini, ada galeri sementara yang dibina dengan hanya dilengkapi struktur berbumbung separa tetap dan terbuka melalui peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, dengan penemuan artifak dan rangka manusia zaman Neolitik termasuk Penang Women dekat sini menjadikan lokasi ini adalah bukti yang signifikan dan memerlukan galeri yang lebih teratur dibina bagi menempatkan semua penemuan itu," katanya.

Jelasnya, kesemua hasil penemuan yang pernah ditemui di tapak arkeologi itu ketika kajian penyelidikan berlangsung kini berada di Belanda dan Singapura.

"Memandangkan kita tidak mempunyai galeri yang lebih teratur menyebabkan penemuan sebelum ini tidak dapat disimpan di negara ini dan galeri sementara ini juga ruangnya masih terhad.

"Tambahan pula, rangka Penang Women satu-satunya ditemui dibawah timbunan cengkerang oleh pengkaji Malaysia yang kita perlu menjaganya.

"Oleh itu, adalah penting pembinaan galeri yang lebih teratur supaya kita dapat menempatkan semula penemuan yang ditemui sebelum ini termasuk yang terbaharu dalam galeri itu bagi dijadikan pusat rujukan untuk orang awam mengenai sejarah ketamadunan manusia yang wujud kira-kira 5,000 tahun dahulu," katanya.

Nurul Amira berkata, galeri sementara itu kini dibuka setiap hari kepada orang awam tanpa mengenakan sebarang bayaran masuk.

"Buat masa ini kira-kira 15 pengunjung terdiri daripada orang awam pasti akan datang melawat ke galeri ini walaupun kemudahan yang ada sangat terhad.

"Jadi, galeri ini masih menjadi tarikan yang kita tidak sabar menunggu galeri lebih teratur siap kelak dan menjadi 'link' antara galeri arkeologi di negeri-negeri lain,"katanya.

Sementara itu, Nurul Amira berkata, pihaknya banyak menjalinkan kerjasama dengan agensi tempatan termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana memerlukan kepakaran teknikal dari pelbagai aspek.

"Pihak galeri ini ada melantik beberapa jabatan untuk dijadikan panel penasihat termasuklah pasukan Pusat Penyelidikan Arkeologi USM (PPAG) yang diketuai Prof Dr Mokhtar Saidin, MBSP serta JKR yang kebanyakkannya dari jabatan teknikal.

"Ini adalah bagi memastikan kawasan warisan ini terpelihara selain ingin memastikan kita mematuhi garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)," katanya.


Nurul Amira Md Isa menunjukkan galeri sementara yang hanya dilengkapi struktur berbumbung separa tetap dan dibuka setiap hari kepada orang awam. - Foto NSTP/ Nur Izzati Mohamad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.411028 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list