CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1167|Reply: 9

"Ni Nama Dia Kawan C*l*ka, "Lari Tak Cukup Tanah Bila Kawan Buat 'Prank' Hantu

[Copy link]
Post time 10-3-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Twitter Rudy







Budaya prank ini seolah-olah menjadi satu kebiasaan pada masa kini. Rata-rata kita mesti pernah dikenakan prank oleh kawan-kawan sebelum ini. Kadang-kadang prank semasa hari jadi di mana rakan-rakan kita saja berkomplot seperti mahu bergaduh dengan kita tetapi akhirnya mereka sengaja melakukan prank sebegitu untuk menyambut hari lahir kita. Tetapi lain pula dengan kisah yang akan diceritakan ini.


Beberapa hari yang lepas, viral satu video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai rudy di platform Twitter. Menerusi video itu, kelihatan seorang lelaki sengaja membuat prank hantu kepada rakan-rakannya yang sibuk bermain game.





Video yang berdurasi 44 saat ini menunjukkan lelaki itu memakai seperti hantu tanpa kepala dan masuk ke dalam bilik semasa rakan-rakan sedang bermain game. Sebaik sahaja dia tiba di dalam bilik, dia terus melemparkan 'kepalanya' kepada rakannya yang duduk di atas tilam.


Namun, tindakan rakan-rakannya telah menyebabkan penonton sangat terhibur. Oleh kerana terlalu takut, rakan-rakan mula menjerit dan berlari di dalam ruang yang sempit itu. Salah seorang rakannya juga bertindak melemparkan kepala itu.


Sumber: Twitter Rudy







Di akhir video itu menunjukkan rakan-rakannya berjaya meloloskan diri dari bilik itu. Ada yang merangkak dan berlari seperti tidak cukup tanah tetapi mereka meninggalkan seorang lagi rakan mereka di dalam bilik bersama hantu itu.


Oleh kerana terlalu takut, rakannya itu mengorek-ngorek tilam dalam posisi menonggeng sambil menendang-nendang kakinya. Ramai betul netizen yang terhibur dengan tindakan lelaki itu.


Sumber: Twitter Rudy




Walaupun video itu hanyalah untuk bergurau sahaja, tetapi seboleh-bolehnya, elakkanlah untuk bergurau sebegini kerana ada orang yang betul-betul takut dengan hantu. Prank sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka trauma.  -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yamg tertonggeng2 korek tilam tu kelakar.. Dia ingat dia ostrich ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:02 AM | Show all posts
Megikari replied at 10-3-2022 08:18 PM
Yamg tertonggeng2 korek tilam tu kelakar.. Dia ingat dia ostrich ke

dah la yang paling last lari, mesti menangis kena tinggal kawan-kawan  
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk terkincit kaka tengok yang dok korek tilam tu..mesti trauma gila sebab smpi xdpt fikir at all dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 09:14 AM | Show all posts
Nasib baik takde yg berani pergi flying kick hantu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 04:14 PM | Show all posts
kat malaysia ke ni? kelakar. yg baju hitam tu menonggeng2 cari jalan kuar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2022 12:06 PM | Show all posts
Lawak pulak jadinya kesian kawan2 dipermainkan macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
video indon ni kan.. rasa mcm dibuat2 pun ada.. siap camera angle cantek punyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2022 04:56 PM | Show all posts
Nasib yg berlakon jadi hantu tak jumpa hantu bbetul..kalau kena...itu mmg best.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 11:46 AM | Show all posts
Lucu sungguh.. semoga dijadikan amalan sepanjang zaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.966614 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list