CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 0

[Sarawak] Gagal pamer harga, pemilik premis jual mi sup ikan patin RM60 semangkuk dikompaun

[Copy link]
Post time 5-3-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode


Penguat kuasa KPDNHEP Sarikei melakukan siasatan dan pemeriksaan terhadap sebuah premis makanan di Sarikei yang tular kerana gagal mempamerkan harga jualan jelas pada mi sup ikan patin yang harga RM60 semangkuk.

SARIKEI: Isu mi sup ikan patin di sini berharga RM60 semangkuk yang tular dalam media sosial mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sarikei.

Ketua KPDNHEP Sarikei Mohamad Zawawi berkata, berdasarkan maklumat, pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sarikei melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kedai makanan di sini untuk menjalankan siasatan ke atas isu tersebut.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan di premis kedai makan itu mendapati tuan punya premis melakukan suatu kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 iaitu gagal mempamerkan tanda harga jelas ke atas barangan atau menu makanan yang dipamerkan untuk jualan di premis.

“Siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Berikutan itu, pemilik premis terbabit dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM300 atas kesalahan itu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Mohamad mengingatkan peniaga agar menjalankan perniagaan dengan jujur serta meletakkan tanda harga jelas ke atas barangan atau perkhidmatan dipamerkan untuk jualan bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.

Namun, pengguna dan pelanggan juga perlu menyemak menu disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelak perkara itu berlaku.

“Sebarang pelanggaran di bawah peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti berikut:

“Individu yang didapati bersalah boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” jelasnya.

Katanya, jika didapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang di bawah KPDNHEP, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, atau membuat panggilan ke Call Centre 1800-886-800, e-mel kepada e-aduan@kpdnhep.gov.my, Aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) Sarikei 084-657751, talian 03-80008000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), WhatsApp ke 019-2794317 dan membuat laporan terus atau hadir ke pejabat KPDNHEP Sarikei.


utusanborneo.com.my/2022/03/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049658 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list