CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Sarawak] Dipenjara guna slip gaji palsu buat pinjaman

[Copy link]
Post time 4-3-2022 07:38 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara setahun serta denda RM3,000 dan jika gagal membayarnya akan dikenakan enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan menipu.

Tertuduh Banissa berusia 30 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Mengikut fakta kes, tertuduh bersama-sama seorang rakannya pada 24 Mac 2021 telah mengunjungi sebuah premis pinjaman wang berlesen untuk memohon pinjaman peribadi atas nama rakannya itu tetapi dokumen untuk proses permohonan menggunakan nama tertuduh.

Semasa memohon pinjaman itu, tertuduh menggunakan slip gajinya yang menunjukkan dia bekerja di sebuah kedai telefon bimbit di Pasar Raya Medan Mall, Jalan Wong King Huo.

Tertuduh ketika memohon pinjaman itu mendakwa dia bekerja di kedai telefon berkenaan. Pengadu kes yang merupakan pekerja bertanggungjawab bagi syarikat pinjaman wang itu kemudian meluluskan pinjaman sebanyak RM3,600 atas nama rakan tertuduh.

Bagaimanapun, pengadu membuat semakan dengan kedai telefon terbabit yang kemudian memberitahu tertuduh bukan pekerja mereka. Dia kemudiannya membuat laporan polis dan ini membawa kepada penahanan tertuduh beberapa hari kemudian.


sarawakvoice.com/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199105 Replies : 4661
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11652 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2020 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 9381 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.133178 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list