CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 1

[Pulau Pinang] Polis kawal laluan tikus

[Copy link]
Post time 1-3-2022 05:57 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 meronda di Pos Pangkalan Pulau di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengawal jenayah rentas sempadan dan penyeludupan. - Foto BERNAMA

GEORGETOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggandakan usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata polis mempertingkat kawalan bagi menghalang kegiatan itu menerusi 'laluan tikus' di sempadan negeri.

Beliau berkata, pembinaan lebih banyak pos kawalan di sempadan Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan, dapat mengawal kemasukan itu.

"Seperti di Wang Kelian, Perlis, kita tidak nafikan kegiatan itu dan sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam mempertingkat lagi kawalan sempadan," katanya hari ini.


Hadir sama Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Abd Jalil berkata, menerusi Op Benteng, pendatang asing tanpa izin dari Indonesia dan etnik Rohingya dari Myanmar dikenal pasti paling ramai memasuki negara ini menerusi laluan laut.

"Berikutan pintu sempadan tidak dibuka akibat pandemik COVID-19, ramai dalam kalangan mereka memasuki negara ini menerusi laluan tikus," katanya.

Sementara itu, Abd Jalil berkata, dalam operasi polis bersama agensi berkaitan tahun lalu, 112 serbuan dijalankan membabitkan tangkapan 228 orang atas kesalahan jenayah pemerdagangan orang.

Katanya, 448 individu diselamatkan dan memperoleh Perintah Perlindungan Sementara.

"Sepanjang Januari lalu, sebanyak 13 serbuan dijalankan dengan tangkapan seramai 19 individu dan polis menyelamatkan 37 orang," katanya.


Abd Jalil Hassan (tengah) dalam majlis di Georgetown. Turut hadir Mohd Shuhaily (kiri), Setiausaha Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyelupan Migran, Syuhaids Abdul Wahab Zen (tiga dari kanan) dan Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara, Datuk Yusaini Amer Abdul Karem (dua dari kanan). - Foto NSTP/MIKAIL ONG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2022 07:42 PM | Show all posts
bos2 meeting kt tmpt grand bagai...marhaen berpeluh sakan berpanas terik....moral: jadilah bos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037647 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list