CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 1

[Pulau Pinang] Khemah niaga tempat berteduh tujuh beranak

[Copy link]
Post time 28-2-2022 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Khemah niaga tempat berteduh tujuh beranak
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 28 Februari 2022


Khemah niaga yang pernah didiami Mohamad Asmadi dan keluarganya selepas diarah keluar dari rumah sewa.


PERMATANG PAUH - Pernah dihalau keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu melunaskan tunggakan bulanan antara detik sukar terpaksa dihadapi pasangan suami isteri serta empat anak mereka yang tinggal di Kampung Permatang Pasir di sini.


Kesempitan hidup yang dialami akibat kesan pandemik Covid-19 menyebabkan pasangan itu tidak mampu mencari rumah sewa lain dan terpaksa berlindung sementara di bawah khemah yang selama ini digunakan mereka untuk berniaga nasi lemak.


Berkongsi pengalaman pahit itu, Mohamad Asmadi Mohamad Rasit, 42, berkata dia tidak mempunyai pilihan lain selain menghuni khemah niaga berkenaan walaupun tahu akan risiko keselamatan dan keselesaan anak-anaknya yang berusia antara tujuh hingga 14 tahun.


"Siapa yang tak mahu memiliki rumah sendiri tak kisah sama ada kos rendah mahupun rumah kampung, namun impian itu belum memihak kepada kami sekeluarga.


"Disebabkan pandemik melanda negara, perniagaan pasar borong tempat saya bekerja gulung tikar dan isteri yang bekerja sebagai pembantu tadika juga hilang kerja hingga menyebabkan kami tiada sumber pendapatan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini baru-baru ini.


Bekas anggota tentera tidak berpencen itu berkata, dia dan isteri cuba bangkit dengan melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuk menjual nasi lemak dan mengambil upah kerja kampung bagi menampung kehidupan keluarga.


Namun jelasnya, mereka sekali lagi terpaksa menempuh ujian getir selepas tuan rumah mengarahkan mereka keluar dari rumah sewa yang dihuni sejak dua tahun lalu disebabkan tunggakan bil utiliti.


Mohamad Asmadi berkata, kerana tidak mahu menyusahkan orang lain serta ahli keluarganya membuatkan dia mengambil keputusan untuk membawa isteri dan anak-anak tinggal dalam khemah niaga yang dipasang berhampiran kawasan bendang di Permatang Rambai di sini.


Katanya, mereka sempat menghuni 'kediaman' baharu itu beberapa hari sahaja sebelum cerita mengenai kesusahan keluarganya mendapat perhatian penduduk setempat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Faiz Fadzil yang menyediakan penginapan sementara di hotel bajet berhampiran.


Selain itu, Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang menerima maklumat mengenai keluarga Mohamad Asmadi segera menyalurkan bantuan kecemasan termasuk mendapatkan rumah sewa baharu untuk keluarganya.


Difahamkan, ZPP turut membayar deposit rumah sewa baharu dan bayaran sewa bulanan untuk tempoh tertentu.


Sementara itu, ditanya mengenai rumah idaman, Mohamad Asmadi berkata, sebagai ketua keluarga pastinya dia mengimpikan dapat menyediakan rumah yang selesa buat keluarga tambahan pula isterinya kini sedang hamil anak kelima mereka.


Katanya, dengan pendapatan tidak menentu ketika ini sudah pasti dia tidak layak untuk memiliki rumah sendiri tambahan pula hartanah di sini dijual dengan 'harga kayangan' dan disifatkan hanya mampu lihat sahaja.


"Kami berharap kerajaan ataupun pihak berkenaan dapat membantu kami yang berpendapatan rendah boleh memiliki rumah sendiri termasuk memudahkan kelulusan pinjaman bank.


"Sekiranya harga rumah di negeri ini terus dijual dengan harga kayangan sudah pasti kami mungkin akan terus menjadi penyewa.


"Kalau nak memiliki rumah kos rendah kerajaan pula mungkin terpaksa menunggu bertahun lamanya selain banyak karenah birokrasi, jadi saya harap kerajaan permudahkanlah urusan dalam membantu rakyat memiliki kediaman," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... teduh-tujuh-beranak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2022 12:43 PM | Show all posts
rumah sewa dah ada and dibayarkan lagi mau cerita rumah idaman..
pergi la cari kerja tetap dulu..
ada pengalaman sojar, senang je nak dapat kerja security..
zaman mencabar ni semua perlukan duit..
nak berniaga pun bukan semua mampu ye..
kalau takde ilmu, kena ada bakat..
kalau takde dua-dua, memang tak ke mana la..
anak pun makin nak bertambah tu..
dan pandai-pandai la rancang family selagi ekonomi keluarga tak maju..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.316535 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list