CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bayaran sagu hati jurunikah, saksi naik di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 24-2-2022 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) hari ini mengesahkan kadar bayaran sagu hati bagi jurunikah dan dua orang saksi nikah di negeri itu naik bermula 1 Mac ini seperti surat yang tular sejak semalam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata, bayaran sagu hati tersebut dinaikkan daripada RM120 kepada RM250 iaitu kadar baharu selepas 15 tahun.

"Sebelum ini sagu hati untuk jurunikah adalah RM100, manakala kedua-dua saksi pula RM10 seorang.

"Pada 1 Mac nanti, jurunikah akan menerima sagu hati RM150, manakala kedua-dua saksi RM50 seorang," katanya yang dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kadar baharu itu berpatutan atas jasa jurunikah dan kedua-dua saksi memandangkan tugas mereka bukan mudah kerana bertanggungjawab memastikan majlis akad nikah berjalan lancar mengikut syariat ditetapkan.

"Tinjauan yang dijalankan JHEAIPP mendapati kadar upah saksi terlalu rendah iaitu RM10 sahaja seorang, jadi kadar baharu ini diharapkan dapat membantu mereka," katanya.

Sejak semalam, tular satu surat menerusi media sosial memaklumkan Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bersidang pada 8 Disember lalu bersetuju meluluskan cadangan menaikkan bayaran sagu hati jurunikah dan dua orang saksi nikah di negeri itu daripada RM120 kepada RM250 bermula 1 Mac ini.

Menerusi surat itu, turut dimaklumkan perkara berkenaan akan dihebah kepada pegawai dan kakitangan di semua Pejabat Agama daerah untuk tindakan bermula bulan depan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035896 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list