![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/274320452_261074132864862_1574317423633784898_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=I9C-_82vSLIAX-YB-6W&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=00_AT_rmBy9jwxtqY3a33xBpp_VpsF-wTZZlFD5Nxqe6uqFGQ&oe=6218CA09)
![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/273614257_261074142864861_7898137635964892662_n.jpg?_nc_cat=103&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=RNIzcP39Tn0AX_E4uTg&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=00_AT9KCtg8V87zKd_iv54YY-8B8KroK0X2pKkpcxdVJhpNOw&oe=6217E888)
COVID-19: 294 kes baharu, satu kematianKUCHING: Sarawak merekodkan 294 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 256,671 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah itu, Miri merekodkan angka tertinggi kes harian iaitu sebanyak 78 kes.
Ini diikuti Sibu sebanyak 75 kes, Kuching (74), Kanowit (14), Sarikei (11), Kapit (lapan), Song (tujuh), Bintulu (enam) manakala Serian dan Sri Aman masing-masing empat kes.
Selain itu, tiga kes direkodkan di Kota Samarahan, Mukah (dua) manakala Limbang, Bau, Asajaya, Saratok, Subis, Matu, Telang Usan dan Pakan masing-masing satu kes.
Jelasnya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 128 kes melibatkan kategori satu (tiada gejala), 164 kes kategori dua (gejala ringan) manakala dua kes membabitkan kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).
Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan terdapat satu kes kematian dilaporkan di Betong hari ini, melibatkan seorang lelaki berumur 52 tahun dan tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit diketahui.
Berhubung notis kompaun, sebanyak 65 kompaun dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas pelbagai kesalahan di negeri ini.
Daripada jumlah itu, 39 kompaun dikeluarkan di Kuching, Bintulu (19) manakala Kota Samarahan (tujuh).
Sementara itu, polis turut mengeluarkan 10 kompaun di Kuching kerana gagal mendaftar masuk ke premis melalui aplikasi MySejahtera dan gagal menggunakan pelitup separuh muka.
utusanborneo.com.my/2022/02/21
|