View: 365|Reply: 0
|
[Sabah]
Tiga lelaki hilang di muara sungai, ditemukan selamat
[Copy link]
|
|
BELURAN: Tiga lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari lokan di muara sungai Kampung Cahaya, di sini ditemukan selamat malam semalam.
Kesemua mangsa dipercayai keluar dari rumah mereka kira-kira jam 8 pagi, namun tidak pulang sehingga pada waktu malam.
Bimbang dengan keselamatan mereka, keluarga mangsa segera membuat panggilan kecemasan melalui talian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran.
Ketua BBP Beluran, Rastam Keladi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.05 malam.
Katanya, susulan itu sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan bahawa tiga mangsa lelaki berumur 12 hingga 64 hilang di muara sungai ketika keluar mencari lokan.
“Pasukan bomba bersama orang awam segera melakukan operasi pencarian di kawasan darat dan persisir paya bakau menggunakan bot penduduk kampung,” katanya dalam kenyataa media, di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa dipercayai telah sesat dan tidak menemukan jalan keluar di sekitar paya bakau memandangkan cuaca gelap.
“Kesemua mangsa kemudiannya berjaya ditemukan dalam keadaan selamat kira-kira 5 kilometer dari jarak mereka dilaporkan hilang.
“Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar pulang ke rumah masing-masing,” katanya.
Rastam berkata, operasi ditamatkan pada jam 9.30 malam sebaik sahaja mangsa berjaya ditemukan.
oleh
Hamzah Sanudin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|