View: 747|Reply: 8
|
[Sarawak]
Perkhidmatan Kapal Persiaran Tarikan Pelancongan Baru Di Sibu
[Copy link]
|
|
SIBU: Inisiatif pengusaha bot ekspres dengan mengubah suai bot berkenaan kepada kapal persiaran untuk digunakan bersiar-siar di Sungai Rajang mampu menjadi tarikan baharu pelancongan di Sibu.
Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, pengusaha kapal persiaran itu boleh bekerjasama dengan syarikat agen pelancongan tempatan untuk membawa kumpulan pelancong menyaksikan keindahan panorama di sekitar sungai terpanjang di Malaysia itu.
“Perjalanan bot ekspres khasnya dari Sibu ke Kapit telah banyak berkurang. Dulu sebelum Covid-19, purata sehari adalah lebih kurang 12 kali perjalanan namun kini perkhidmatan bot ekspres beroperasi hanya sekali dalam masa sehari.
“Oleh kerana perkhidmatan bot ekspres ini telah banyak berkurang, maka pengusaha bot telah mencari inisiatif dan mempunyai inovatif untuk mengubahsuaikan bot ekspres kepada kapal persiaran.
“Kapal ini akan menjadi usaha baru dan juga menjadi tarikan kepada para pelancong sambil melihat aktiviti serta keindahan alam sekitar Sungai Rajang di Sibu ini,” katanya kepada media semasa melawat kapal persiaran itu di Terminal Penumpang, Sibu pada Jumaat
Katanya, pengusaha kapal persiaran itu sedang mengubah sebuah lagi bot ekspres selepas perkhidmatan itu mendapat sambutan memberangsangkan dari orang ramai.
Beliau dalam pada itu mahu pengusaha menitikberatkan aspek keselamatan para penumpang yang menaiki kapal tersebut.
“Saya juga telah meminta pegawai Lembaga-Lembaga Sungai supaya melihat dari segi keselamatan untuk para penumpang kapal persiaran ini. Keselamatan penumpang haruslah diutamakan,” tegas Dato Sri Lee.
Dalam lawatan tersebut, Dato Sri Lee telah menyerahkan permit kepada pengusaha kapal bagi menetapkan syarat wajib pemakaian jaket keselamatan kepada para penumpang sebelum menaiki kapal dan diberi taklimat berhubung dengan keselamatan.
Terdahulu, Dato Sri Lee yang juga Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri berserta rombongannya melawat sekitar Hospital Medan Sibu dan Field Hybrid Intensive Care Unit (ICU) Sibu yang digunakan untuk menempatkan pesakit Covid-19.
Lawatan itu bertujuan melihat struktur dan keadaan di dalam ruang Hospital Medan tersebut untuk dijadikan contoh jika Hospital Medan dibina di Hospital Miri.
Sebelum ini, terdapat cadangan untuk membina Hospital Medan di Miri dan Kuching sebagai tempat rawatan pesakit Covid-19.
Selain itu, struktur di dalam Hospital Medan juga dicadangkan diubah semula dan ditambahbaik supaya perjalanan dan operasinya berjalan lebih lancar dan teratur apabila beroperasi kelak.
Turut hadir Menteri Muda Pengangkutan II, Dato Henry Harry Jinep; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datu Ik Pahon Joyik; Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datu Buckland Bangik; Pengarah Hospital Sibu, Dr. Nanthakumar Thirunavukkarasu dan Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong. – EDISI UKAS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada rezeki boleh ke Sabah, memang suka dengan Negeri Sabah ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni kat Sarawak ... ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
yang suka pantai2... snorkeling gtu ... syurga nya kat Sabah ... cantik2 pantai2 Sabah ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
wah ini best
memang dah lama teringin nak menyusur sungai terpanjang di Malaysia in
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harap nanti2 ada yang buat waktu siang ... lagi best rasa nya ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|